awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pantau tingkah laku anak, elak jadi mangsa jenayah siber
Elak jadi mangsa penipuan rumah kebajikan palsu - Nancy
Empat lelaki ditahan cuba seludup haiwan ternakan guna jalan tikus
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Hujan lebat ragut 4 nyawa, jejas ribuan pelarian di Yaman

Bernama
Bernama
22/04/2024
05:08 MYT
Hujan lebat ragut 4 nyawa, jejas ribuan pelarian di Yaman
Penduduk menaiki sebuah kenderaan pikap mengharung sebatang jalan yang dilanda banjir susulan hujan lebat di Sana'a, Yaman, 20 Apr 2024. - REUTERS
ADEN (Yaman): Hujan lebat dan banjir telah mengorbankan empat mangsa di Yaman dan menjejaskan lebih 3,000 keluarga yang menjadi pelarian di negara sendiri, kata pegawai pada Ahad.
Pihak berkuasa kesihatan Yaman di wilayah Hadramout melaporkan empat individu maut apabila kenderaan mereka dihanyutkan arus deras di Lembah Ayeen.
Kawasan itu telah mengalami hujan lebat berterusan selama lima hari, menyebabkan kerosakan yang besar kepada harta benda dan infrastruktur, kata Xinhua.
Unit eksekutif untuk kem pelarian dalaman menyatakan bahawa cuaca ekstrem telah memberi kesan kepada ribuan keluarga di beberapa wilayah.
Satu kenyataan di laman web rasmi unit itu memperincikan kemusnahan tempat perlindungan dan kerugian material akibat banjir.
Sumber kerajaan menyatakan bahawa penurunan atmosfera di wilayah Hadramout, Dhalea, Jawf, Shabwa dan Abyan telah menyebabkan banjir yang teruk, dengan kem untuk orang yang dipindahkan mengalami kerosakan yang besar.
Konflik yang berterusan di Yaman, yang telah berlangsung selama sembilan tahun, telah melemahkan keupayaan kerajaan untuk bertindak balas terhadap kecemasan yang berkaitan dengan iklim itu, menimbulkan kebimbangan mengenai potensi kecederaan dan kemusnahan selanjutnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#hujan lebat
#Yaman
#pelarian
#kenderaan dihanyut arus deras
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan