ANTARA pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 24 Januari 2024.


1. Kemusnahan terlalu besar, Gaza perlukan bantuan segera - Ketua PBB

Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres pada Selasa berkata kemusnahan yang dialami penduduk di Gaza adalah pada skala yang tidak diketahui dalam "sejarah baru-baru ini."



2. PBB bimbang risiko peningkatan kebuluran di Gaza

Penduduk di Semenanjung Gaza menghadapi risiko kebuluran yang semakin meningkat ketika perang Israel-Palestin terus berlarutan melebihi 100 hari.


3. Rundingan gencatan senjata di Gaza masih diteruskan - Qatar

Qatar memaklumkan usaha pengantaraan untuk mencapai gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tebusan antara Israel dan Hamas masih diteruskan, malah ia tidak berhenti sama sekali.


4. Iran sekali lagi gesa negara Islam putus hubungan dengan Israel

Iran sekali lagi menggesa negara-negara Islam untuk memutuskan hubungan politik dan ekonomi dengan Zionis Israel.


5. 24 askar Israel maut di Gaza, angka tertinggi dalam sehari

Serangan roket oleh pejuang Hamas menyebabkan dua bangunan runtuh dan membunuh sekumpulan askar Israel di Semenanjung Gaza.


6. UK bakal kenakan sekatan baharu ke atas Houthi

Britain sedang mempertimbangkan untuk mengenakan sekatan baharu ke atas Houthi susulan perkembangan yang berlaku di Laut Merah.


7. AS, Britain lancar serangan baharu ke atas Houthi di Yaman

Tentera Amerika Syarikat (AS) dan Britain melancarkan siri serangan udara baharu menyasarkan beberapa tapak kumpulan Houthi di Yaman.


8. Korea Utara tembak peluru berpandu jelajah ke laut terbuka

Korea Utara melancarkan beberapa peluru berpandu jelajah ke arah laut terbuka, kata tentera Korea Selatan pada Rabu, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).


9. Rantau ASEAN alami 22 bencana, Indonesia dan Filipina paling teruk terjejas

ASEAN mengalami 22 bencana pada minggu ketiga tahun ini, dengan banjir, tanah runtuh dan insiden berkaitan angin mencetuskan kemusnahan, terutama di Indonesia dan Filipina.


10. Malaysia-Indonesia mampu kukuhkan ASEAN - Dino Patti Djalal

Keserasian dalam banyal hal antara Malaysia dan Indonesia mampu menjadi tiang untuk memperkuatkan hubungan antara negara-negara ASEAN.