Presiden Abdel-Fattah al-Sisi melanjutkan darurat di seluruh negara selama tiga bulan lagi, lapor agensi berita Anadolu memetik warta rasmi negara itu.
Dalam dekri presiden, al-Sisi berkata aspek kesihatan dan keselamatan Mesir kini dalam keadaan "berbahaya".
Darurat membolehkan pihak berkuasa mengambil langkah-langkah pencegahan lebih ketat, termasuk merujuk suspek keganasan ke mahkamah keselamatan, menguatkuasakan perintah berkurung dan menapis laporan akhbar.
Kementerian Kesihatan dan Penduduk Mesir mengesahkan 20 lagi kematian akibat COVID-19 pada Isnin, menjadikan keseluruhan 337 orang. Jumlah kes berjumlah 4,782 manakala 1,236 pesakit sembuh.
Bulan lalu, Kaherah mengenakan perintah berkurung pada waktu malam bersama dengan langkah-langkah pencegahan lain.
Memandangkan beberapa negara melonggarkan sekatan pergerakan sempena Ramadan, Mesir yang mempunyai hampir 100 juta penduduk, turut mengambil pendekatan sama membenarkan pusat beli-belah dan kedai dibuka setiap hari.
Perintah berkurung bermula 9 malam berbanding sebelum ini 8 malam, sehingga 6 pagi.
Sekolah, universiti, masjid dan kawasan pelancongan masih ditutup.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Apr 28 2020
Dalam dekri presiden, al-Sisi (gambar) berkata aspek kesihatan dan keselamatan Mesir kini dalam keadaan "berbahaya". - Gambar fail
KPM harap lebih banyak penglibatan swasta
Kementerian Pendidikan berharap lebih banyak syarikat swasta akan bekerjasama dengan kerajaan dalam membantu menjayakan agenda pendidikan negara.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Ban Sungai Langat pecah punca banjir kilat di Kajang
Ban Sungai Langat pecah dikenal pasti antara punca kejadian banjir kilat di beberapa kawasan rendah di Kajang pada Rabu lalu.
KPM peruntuk lebih RM134 juta selenggara tandas SBK tahun ini - Wong
Lebih RM134 juta diperuntukkan kepada 1,919 Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) bagi projek menaik taraf serta menyelenggara tandas sekolah.
Solidariti Pan-gon bersama Faisal
Kim Pan-gon menyatakan sokongan padu kepada pemain berusia 26 tahun itu agar segera pulih dan kembali beraksi di padang.
Buah kerdas sumber pendapatan tambahan buat tiga sahabat
Buah kerdas atau juga dikenali dengan panggilan buah genuak merupakan tumbuhan liar di kawasan hutan yang enak dimakan sebagai ulam bersama nasi.
Nawabs ramal kemarau dua bulan lebih awal, bantu agensi sedia langkah mitigasi
Amaran awal membolehkan semua agensi berkaitan khususnya agensi teknikal merancang persediaan awal dan mengambil tindakan mitigasi bersesuaian.
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double.
Sekatan bantuan: Ketua Bantuan PBB bimbang krisis kemanusiaan di Gaza semakin teruk
Selama tiga hari berturut-turut, tiada apa-apa atau sesiapa pun yang dibenarkan masuk atau keluar dari Gaza.
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
Abdel-Fattah al-Sisi menang pilihan raya Presiden Mesir dengan majoriti besar
Abdel-Fattah al-Sisi memenangi pilihan raya presiden 2024 dengan meraih kira-kira 40 juta atau 89.6 peratus undi.
Pengundian pilihan raya presiden Mesir bermula
Pengundian berlangsung dari 10 Dis hingga 12 Dis dengan tempoh 12 jam diberikan untuk mengundi pada hari yang ditetapkan.
Presiden Mesir zahir ucapan takziah kepada mangsa banjir di Malaysia
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan mangsa banjir di Malaysia baru-baru ini.
al-Sisi, Hishammuddin bincang tingkat kerjasama dua hala Malaysia-Mesir
Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi dan Menteri Luar Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein pada Ahad mengadakan perbincangan dua hala.
Mesir lanjut darurat tiga bulan lagi
Bulan lalu, Kaherah mengenakan perintah berkurung pada waktu malam bersama dengan langkah-langkah pencegahan lain.
Mesir layak ke Piala Dunia 2018 selepas benamkan Congo 2-1
Kejayaan itu dilakar dalam perlawanan yang berlangsung di sebuah stadium tentera di bandar Pelabuhan Iskandariah pada Ahad, lapor agensi berita China Xinhua.