awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[KOLUMNIS] Malaysia mesti pertahan kedaulatan digital sebelum terlambat
Penulis novel adaptasi filem 'Drive' James Sallis meninggal dunia
Kemudahan WCFC tingkat keupayaan UMT dalam bidang penyelidikan marin, maritim
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi

Bernama
Bernama
10/05/2024
08:58 MYT
Takiyuddin patut berhenti guna politik murahan - Nik Nazmi
Nik Nazmi berkata, strategi politik murahan bagi meraih undi pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi. - Gambar fail
HULU SELANGOR: Naib Presiden PKR Nik Nazmi Nik Ahmad menasihati Setiausaha Agung Pas Datuk Seri Takiyuddin Hassan supaya berhenti menggunakan politik murahan termasuk fitnah berkaitan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim demi mendapatkan kepercayaan rakyat.
Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam itu berkata strategi politik murahan bagi meraih undi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) tidak memberi keuntungan kepada pengundi.
"Ketika berkempen, Takiyuddin membangkitkan isu lama berkaitan fitnah media Itali terhadap Perdana Menteri, tohmahan beliau berlaku ketika pemimpin-pemimpin utama Pas sedang berunding dan mendekati Anwar untuk mendapatkan peruntukan.
"Lebih baik Takiyuddin ceritakan tawaran-tawaran PN (Perikatan Nasional) jika dipilih pada PRK kali ini ketika kempen di KKB," katanya dalam kenyataan hari ini.
Nik Nazmi berkata Ahli Parlimen Kota Bharu itu juga perlu sedar bahawa Anwar merupakan sosok penting dalam sinergi politik yang telah membawa keuntungan besar kepada PAS sejak 1998.
Beliau turut memetik nasihat bekas Menteri Besar Kelantan Allahyarham Tan Sri Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga bekas Mursyidul Am Pas supaya mana-mana pihak yang memperjuangkan Islam supaya tidak memalukan orang lain.
PRK KKB yang menyaksikan pertandingan empat penjuru membabitkan Pang Sock Tao (Pakatan Harapan), Khairul Azhari Saut (Perikatan Nasional), Hafizah Zainuddin (Parti Rakyat Malaysia) dan Nyau Ke Xin (Bebas), diadakan susulan kematian penyandangnya, Lee Kee Hiong, 58, pada 21 Mac lepas akibat kanser.
Esok adalah hari penentuan untuk PRK berkenaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRK
#Kuala Kubu Baharu
#kempen politik
#Nik Nazmi Nik Ahmad
#Takiyuddin Hassan
#pengundi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan