KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hari ini memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
Timbalan Speaker Datuk Idris Buang meminta ahli Dewan supaya bertafakur selama satu minit.
"Dengan rasa sedih dan dukacita, saya ingin mengumumkan Datuk Mutang meninggal dunia ketika kita sedang bersidang pagi tadi.
"Saya dengan rendah hati memohon semua ahli Yang Berhormat memberikan penghormatan kepada mendiang Mutang dengan bertafakur selama seminit dan berdoa mengikut kepercayaan masing-masing," katanya.
Mutang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 11.46 pagi. Beliau berusia 69 tahun.
Mutang menerima rawatan di IJN sejurus tiba dari Azerbaijan pada Isnin lepas, setelah melakukan lawatan kerja ke negara itu bermula 29 April dan pulang lebih awal daripada yang dijadualkan.
Mendiang mengetuai delegasi Malaysia ke Forum Dunia mengenai Dialog Antara Budaya yang berlangsung pada 1 hingga 3 Mei di Baku.
Pada 19 Feb lepas, Mutang dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Negara ke-20 menggantikan Tun Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang meletakkan jawatan, susulan dilantik sebagai Yang Dipertua Negeri Sarawak.
Mutang mencipta sejarah apabila mendiang yang berasal dari Lawas, menjadi pemimpin pertama daripada etnik Lun Bawang menjadi Speaker Dewan Negara.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 10 2024
Mutang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) di Kuala Lumpur pada 11.46 pagi tadi. - Foto Pejabat YDP Dewan Negara
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
DUN Sarawak beri penghormatan terakhir kepada Mutang Tagal
Dewan Undangan Negeri Sarawak memberi penghormatan terakhir kepada Yang Dipertua Dewan Negara Datuk Mutang Tagal yang meninggal dunia pagi tadi.
PRN Sarawak: SABERKAS Jepak mohon harga tiket penerbangan dikurangkan
Pertubuhan Kebangsaan Belia Sarawak (SABERKAS) cawangan Jepak memohon agar harga tiket penerbangan dapat dikurangkan menjelang Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12).
PRN Sarawak: Tiada sidang media pembubaran DUN esok - Pejabat Ketua Menteri
Tiada sidang media berkenaan pengumuman pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak diadakan esok seperti yang diperkatakan.
Sarawak Memilih: Sekiranya pengecualian darurat diperkenan, Sarawak masih perlu yakinkan pengundi - Penganalisis
Sarawak mempunyai hak untuk dikecualikan daripada darurat bagi laksana PRN, namun perlu memikirkan kerisauan pengundi ketika itu nanti.
Anggaran pendapatan negeri melebihi RM10 bilion buat kali kedua
Strategi penjanaan semula hasil oleh Kerajaan Negeri Sarawak di bawah Gabungan Parti Sarawak (GPS) membolehkan anggaran pendapatan negeri itu mencecah RM10.012 bilion bagi bajet negeri 2021.
Dewan Undangan Negeri Sarawak akan bersidang sehari, esok
Datuk Amar Mohd Asfia Awang Nassar berkata, dua Rang Undang-undang akan dibentangkan pada sidang kali ini.
COVID-19: DUN Sarawak hanya bersidang sehari pada 13 April
Mesyuarat pertama bagi penggal kelima Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak hanya akan berlangsung sehari pada 13 April depan bermula jam 9 pagi.
'Usah jadi seperti tuak dalam botol baharu tapi kandungannya lama' - Jeniri
Tindakan BN Sarawak itu adalah langkah yang bijak dan tepat untuk menjamin survival parti-parti komponen BN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12).
Adenan Satem kini sah Ketua Menteri Sarawak kelima
Tan Sri Adenan Satem mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri Sarawak kelima di Astana Negeri, Kuching, pagi ini.