awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
Pentagon tamatkan program latihan dan felo dengan Harvard, kata Hegseth
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024

Bernama
Bernama
10/05/2024
08:58 MYT
Servis sekali bergilir dilaksanakan di Piala Dunia Sepak Takraw 2024
Sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam acara berpasukan, regu dan double. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Piala Dunia Sepak Takraw 2024 dihangatkan dengan sistem penggiliran servis sekali bergilir-gilir bagi setiap pasukan, menurut Presiden Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM) datuk Mohd Sumali Reduan.
Beliau berkata sistem penggiliran servis dengan pengiraan baharu mata 15 itu diguna pakai dalam ketiga-tiga acara dipertandingkan iaitu berpasukan, regu dan double.
"Satu servis bergilir-gilir kali ini...sekali servis tukar, sekali servis tukar," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Sebanyak 21 negara akan berentap dalam kejohanan dunia itu dengan 12 negara bersaing dalam kategori Premier termasuk Malaysia manakala sembilan lagi berentap dalam Divisyen 1 disertai antaranya Iran, Jerman, Arab Saudi, Bangladesh, Nepal, Perancis, Taiwan, Sri Lanka dan Pakistan.
Saingan acara berpasukan yang menjadi tumpuan, skuad negara diundi dalam Kumpulan C bersama-sama Jepun dan Brunei, dan Malaysia perlu sekurang-kurangnya muncul naib juara kumpulan untuk mara ke suku akhir.
Bagi kategori regu pula, Malaysia turut mendapat laluan mudah apabila diundi bersama China dan Brunei dalam Kumpulan B manakala saingan double menyaksikan skuad kebangsaan berada dalam Kumpulan A bersama Jepun dan Brunei.
Piala Dunia Sepak Takraw 2024 akan berlangsung di Stadium Titiwangsa di sini pada 18 hingga 26 Mei ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sistem servis sekali bergilir
#Piala Dunia
#sepak takraw
#Peraturan
#kejohanan dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan