Miguel Diaz-Canel secara rasmi dilantik sebagai presiden baharu Cuba, hari ini menggantikan Raul Castro, AFP melaporkan.

Pelantikan itu menandakan berakhirnya era pemerintahan keluarga Castro selama enam dekad.

Diaz-Canel, 57 tahun, satu-satunya calon presiden, dipilih untuk memimpin negara Caribbean itu selama lima penggal.

Pelantikan Diaz-Canel pada hari ini juga serentak dengan ulang tahun pencerobohan Bay of Babies pada tahun 1961, ketika tentera Fidel Castro mengalahkan 1,400 pemberontak yang disokong Amerika Syarikat (AS) dalam usaha menggulingkannya.

BACA: Saya akan beri wajah baharu Cuba - Miguel Diaz-Canel

Havana menganggap peristiwa tersebut sebagai kekalahan pertama imperialsme AS di Amerika Latin.