PENUNJUK perasaan menyekat jalan di tengah Sydney pada Jumaat, menuntut agar kerajaan Australia mengisytiharkan darurat iklim.

Penunjuk perasaan daripada Gerakan ‘Extinction Rebellion’ yang berpakaian kostum bertema Hari Natal berkumpul di jalan raya dan melekatkan diri mereka pada jalan.

New South Wales pada Khamis mengisytiharkan darurat selama tujuh hari kerana kira-kira 2,000 anggota bomba bertempur memadamkan 100 kebakaran hutan di seluruh negeri.

Menurut Biro Meteorologi, hari Rabu merupakan hari paling panas di negara tersebut, dengan purata 41.9 darjah Celsius.

BACA: Aktivis tunjuk perasaan di hadapan Sydney Opera House


Penunjuk perasaan daripada Gerakan ‘Extinction Rebellion’ yang berpakaian kostum bertema Hari Natal berkumpul di persimpangan jalan tersebut dan melekatkan diri mereka pada jalan itu.

Adelaide di tenggara pula dilanda gelombang panas yang mencatatkan 46 darjah Celsius pada Jumaat manakala Melbourne diramalkan akan mencecah 44 darjah Celsius.

Keadaan yang tidak pernah berlaku ini menimbulkan perdebatan sama ada kerajaan konservatif Australia telah mengambil tindakan yang secukupnya terhadap perubahan iklim.