Seorang perunding perkahwinan maut selepas menelan 'fish cake' yang terlalu panas yang menyebabkan anak tekaknya melecur teruk.
Darren Hickey, 51, yang berasal dari England mencuba makanan tersebut ketika waktu makan tengah hari di satu mesyuarat dan menyedari ada benda tidak kena dan segera mendapatkan rawatan Unit Kecemasan Hospital Chorley namun dia hanya dibekalkan dengan ubat 'paracetamol'.
Dia yang pulang ke rumahnya di Bolton, United Kingdom untuk berehat bagaimanapun sakitnya semakin teruk sehingga rakan rumahnya, Neil Parkinson mendengar dia tercekik pada jam 9 malam, lapor metro.co.uk
"Dia menjerit jadi saya terkejut terus saya naik ke atas dan bila sampai ke biliknya, dia sedang berdiri nampak mukanya seperti tercekik dan saya cuba untuk menepuk di belakangnya namun tiba-tiba dia jatuh rebah ke lantai.
"Saya bawa Hickey ke Hospital tetapi kecederaan di tekaknya amat parah dan rawatan tidak dapat dilakukan kerana ketiadaan pakar dan dia meninggal dunia pada tengah malam," kata Parkinson.
Parkinson berkata, kehilangan Hickey memberi kesan besar kepada komuniti di Bolton.
"Dia suka membantu kejiranan di sini sebab itu dia disukai masyarakat di sini. Dia juga suka melakukan kerja-kerja amal khususnya membantu pesakit strok kerana dia juga mengalami penyakit tersebut selama tujuh tahun," katanya.
Dalam pada itu, ahli pathologi, Dr Patrik Waugh berkata, kes ini sangat jarang berlaku dan biasanya akan dikaitkan dengan orang yang terbunuh dalam kebakaran kerana menyedut asap yang panas yang membakar saluran pernafasan.
"Selalunya pesakit yang mengalaminya akan kelihatan sihat namun dia boleh membengkak dan boleh membawa maut," katanya.
Sinar Harian
Sat Oct 12 2019
Seorang perunding perkahwinan maut selepas menelan 'fish cake' yang terlalu panas yang menyebabkan anak tekaknya melecur teruk. -Gambar hiasan
KKM kekal keputusan pinda Akta Perubatan 1971
KKM kekal dengan keputusan untuk meminda Akta 50 bagi menangani jurang antara PPP dan Program Sarjana Perubatan tempatan biarpun mendapat bantahan sesetengah pihak.
Malaysia-China bincang perkukuh kerjasama sektor pendidikan tinggi
Sempena sambutan Ulang Tahun ke-50 Hubungan Diplomatik, Malaysia dan China bincang inisiatif strategik perluas dan perkukuh jalinan kerjasama sektor pendidikan tinggi.
Freedom Flotilla to Gaza: Semua delegasi diminta pulang, FFC akan maklumkan tarikh baharu misi
Freedom Flotilla Coalition tidak dapat meneruskan misi penghantaran bantuan ke Gaza untuk kali ini.
Biden rancang untuk berdebat dengan Trump
Sebelum ini, Biden tidak komited untuk berdebat dengan lawannya, Trump.
Pesta Kaamatan 2024 dilancar pada 1 Mei di Ranau, Sabah
Sambutan perayaan Pesta Kaamatan 2024 akan dilancarkan pada 1 Mei di Ranau dan diadakan sambutan di peringkat daerah, di Sarawak dan Semenanjung.
Khairulnizam layak ke Sukan Olimpik Paris 2024
Khairulnizam Mohd Afendy sah akan mengiringi Nur Shazrin Mohd Latif ke Sukan Olimpik Paris 2024, juga merupakan penampilan keempat berturut-turut di temasya berprestij itu.
Musibah banjir buka peluang 'rezeki lebih' usahawan F&B melalui IPR
Musibah banjir yang melanda Johor tahun lepas membuka peluang rezeki baharu kepada usahawan makanan dan minuman, Haida Abdul Rahman.
Mohd Azizulhasni tekad dikalungkan pingat emas di Paris
Azizulhasni tekad untuk 'dikalungkan' pingat emas pertama Malaysia di Sukan Olimpik Paris 2024 pada penampilan terakhirnya di temasya itu.
USM cipta rekod hasilkan kaligrafi Cina 2.68km
Penuntut USM cipta rekod dalam MBOR apabila menghasilkan penulisan kaligrafi Cina sepanjang 2.68 kilometer.
MITRA sudah belanja RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta tahun ini
Sebanyak RM40 juta daripada peruntukan RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah dimanfaatkan untuk pelbagai program.
Perunding perkahwinan maut tercekik 'fish cake'
Kes ini sangat jarang berlaku dan biasanya akan dikaitkan dengan orang yang terbunuh dalam kebakaran kerana menyedut asap yang panas yang membakar saluran pernafasan.