Sebuah pesawat Hawaiian Airlines membuat pendaratan cemas di Tokyo buat kali kedua dalam bulan ini.
Pesawat HA 442, yang berlepas dari Sapporo, Jepun menghala ke Honolulu membuat pendaratan cemas di Lapangan Terbang Narita di Tokyo pada jam 10.53 pagi Rabu.
Juruterbang memberitahu terdapat masalah pada sistem hidraulik pesawat Boeing 767 itu, menurut kenyataan seorang pegawai di lapangan terbang berkenaan.
Kesemua 248 penumpang dan krew tidak mengalami sebarang kecederaan.
“Tidak dapat dipastikan sama ada masalah itu benar-benar berlaku atau terdapat petunjuk bahawa ada masalah sedang berlaku,” kata pegawai itu.
Namun, belum ada kenyataan dari syarikat penerbangan terbabit.
Ini merupakan insiden kedua pesawat penerbangan itu membuat pendaratan cemas di Jepun dalam tempoh 10 hari.
Pada 18 Julai lalu, pesawat HA 458 yang dalam perjalanan pulang ke Lapangan Terbang Haneda, Tokyo, membuat pendaratan cemas selepas mengesan masalah, juga pada sistem hidraulik.
Tiada kecederaan dilaporkan, namun lapan daripada 10 buah tayar pesawat meletup ketika mendarat dengan minyak dikesan tumpah di sepanjang landasan.
AFP
Thu Jul 28 2016
Gambar pesawat Hawaiian Airlines yang mendarat cemas di Lapangan Terbang Haneda 18 Julai lalu.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Pertandingan empat penjuru N.06 Kuala Kubu Baharu
Untuk perkembangan lanjut berkaitan Pilihan Raya Kecil Kuala Kubu Baharu kita bersama rakan setugas, Firdaus Azil.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Perkara itu disahkan oleh Pegawai Pengurus bagi PRK tersebut, Yuhanas Auree Kamaruddin di Pusat Penamaan Calon PRK Kuala Kubu Bharu, Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor kira-kira jam 10.38 pagi, pada Sabtu.
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
36 cedera, 11 parah pesawat Hawaiian Airlines alami gelora udara
Sekurang-kurangnya 36 orang cedera selepas pesawat Airbus 330 Hawaiian Airlines menghadapi beberapa gelora udara yang teruk ketika dalam penerbangan menuju ke Honolulu dari Phoenix, Arizona.
Pesawat Hawaiian Airlines buat pendaratan cemas sekali lagi dalam tempoh 10 hari
Ini merupakan insiden kedua pesawat penerbangan Hawaiian Airlines membuat pendaratan cemas di Jepun dalam tempoh 10 hari.
Pesawat Hawaiian Airlines buat pendaratan cemas di Tokyo
Sebuah pesawat milik Hawaiian Airlines dilaporkan membuat pendaratan cemas awal pagi ini di Lapangan Terbang Heneda, Tokyo pada Isnin.