ANKARA:Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan memaklumkan Perdana Menteri Greece Kyriakos Mitsotakis menawarkan sokongan dan bantuan susulan bencana gempa yang berlaku.

Perkembangan ini sedikit mengendurkan ketegangan di antara dua negara itu.

"Perdana menteri Greece menghubungi saya dan memaklumkan negara itu turut terjejas dengan gempa ini. Tetapi tiada kematian dicatatkan.

"Beliau sedia menawarkan bantuan sekiranya Turki memerlukannya," kata Erdogan.



Hubungan Turki dan Greece sebelum ini tegang susulan isu pertahanan.

Kapal perang kedua-dua negara berada di wilayah pertikaian di timur laut Mediteranean.

Ketegangan berterusan turut mencetus kebimbangan berhubung konflik dua jiran ini yang juga sekutu dalam Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).