Satu kejadian puting beliung melanda Sanremo, sebuah bandar pantai di barat laut Itali, pada Jumaat.

Menurut laporan media Itali, angin puting beliung itu pada mulanya dikesan bermula di pesisir laut berdekatan dengan resort pelancongan terkenal di Riviera, Itali sebelum menghala ke pusat bandar.

Menurut pihak bomba Itali, kejadian itu telah menyebabkan kemusnahan yang agak serius terutamanya membabitkan premis-premis perniagaan selain kenderaan awam.

Seorang wanita dilaporkan cedera akibat kejadian tersebut.