Setiausaha Luar British Jeremy Hunt berada di Myanmar pada Khamis, dua hari selepas laporan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) didedahkan, menuduh pemimpin tentera negara itu terlibat dengan jenayah perang, kemanusiaan dan pembantaian etnik Rohingya.

Hunt melawat utara Rakhine, kawasan yang dikatakan menjadi tempat tentera Myanmar melakukan perkara itu terhadap etnik Rohingya yang memaksa etnik itu lari ke sempadan Bangladesh.



BACA: Rohingya: Mahkamah Jenayah Antarabangsa buka kertas siasatan awal

Beliau kemudian pergi ke bandar Naypyitaw untuk bertemu dengan pemimpin Myanmar Aung San Suu Kyi.

Hunt berkata, beliau bercakap dengan Suu Kyi mengenai kepentingan bersuara untuk keadilan.

BACA: EU jumpa penyiasat PBB

BACA: Pegawai penyiasat Hak Asasi Manusia PBB dilarang masuk 7 buah negara


Laporan PBB pada Selasa memberi butiran mengenai keganasan yang berlaku di negeri Kachin, Shan dan Rakhine, Myanmar yang didedahkan melalui saksi, imej satelit dan sumber lain.

Ia menyebut mengenai dakwaan jenayah oleh tentera dan pasukan keselamatan Myanmar, termasuk kejadian bunuh, seksa, tindas, rogol dan tebusan.

BACA: "Aung San Suu Kyi tidak faham situasi di Rakhine" - Boris Johnson

BACA: Malaysia ulangi gesaan PBB agar Myanmar selesaikan krisis di Rakhine


Laporan itu turut menyatakan tindakan kumpulan militan Rohingya, Tentara Pembebasan Rohingya Arakan (ARSA), turut boleh dikategorikan sebagai jenayah perang.