awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Empat warga Sepanyol hilang selepas bot karam di perairan Indonesia
Perniagaan Jepun terjejas akibat pengurangan pelancong China
New York dilanda salji tebal, ribuan perjalanan terganggu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi

Bernama
Bernama
01/08/2023
08:11 MYT
Junta Myanmar beri pengampunan negara kepada Suu Kyi
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021. -Gambar fail/Reuters
ISTANBUL: Junta tentera di Myanmar pada Selasa memberikan pengampunan negara kepada pemimpin yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi, menurut laporan media tempatan.
Bekas Presiden Win Myint juga akan diberikan pengampunan, lapor Agensi Anadolu memetik Myanmar Now.
Bekas pemimpin parti Liga Demokrasi Kebangsaan (NLD) itu dipenjarakan sejak rampasan kuasa Februari 2021.
Pengampunan itu dibuat sehari selepas junta melanjutkan tempoh darurat di negara Asia Tenggara itu selama enam bulan, kali keempat sejak rampasan kuasa pada 2021.
"Pengampunan tidak akan memaafkan Aung San Suu Kyi dan Presiden Win Myint atas semua kesalahan yang didakwa, tetapi hanya mengurangkan hukuman mereka," tambah laporan itu.
Bulan lalu, laporan mendedahkan bahawa Suu Kyi telah bersetuju untuk mengadakan dialog tanpa sebarang syarat.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Aung San Suu Kyi
#junta Myanmar
#pengampunan negara
#Win Myint
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan