awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua jurulatih TFC direhatkan serta-merta susulan prestasi hambar
Krisis politik Perlis: Ahli Pas diminta kekal tenang, jangan terpengaruh provokasi - Tuan Ibrahim
TPM Ahmad Zahid puji kejayaan tiga pelajar Orang Asli rangkul emas di IRO 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan

Bernama
Bernama
12/07/2023
13:15 MYT
Suu Kyi sokong rundingan 'tanpa syarat' untuk hentikan krisis di Myanmar - Laporan
Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu. - Gambar fail/REUTERS
ISTANBUL: Pemimpin Myanmar yang dipenjarakan Aung San Suu Kyi akan menyokong rundingan "tanpa prasyarat" untuk menamatkan krisis yang berlaku di negara itu, menurut laporan media pada Rabu.
Suu Kyi "menyokong rundingan tanpa prasyarat untuk menangani krisis Myanmar," Agensi Anadolu memetik laporan Kyodo News.
Pada Disember 2022, Suu Kyi dijatuhi hukuman penjara 33 tahun selepas rampasan kuasa tentera menggulingkan kerajaan Liga Demokrasi Kebangsaan pada Februari 2021.
Sementara itu, Menteri Luar Thailand Don Pramudwinai mendedahkan bahawa beliau baru-baru ini bertemu Suu Kyi, menurut laporan itu.
Beliau mendedahkan perkara itu kepada rakan sejawatannya dari ASEAN yang bermesyuarat untuk sidang kemuncak tahunan di Indonesia.
Ia merupakan pertemuan peringkat tinggi pertama yang diketahui antara Suu Kyi dan mana-mana pegawai asing.
Pertemuan itu dikatakan telah berlangsung selama satu jam dan diadakan di sebuah penjara di ibu negara Naypyitaw.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#krisis Myanmar
#Aung San Suu Kyi
#rundingan tanpa syarat
#ASEAN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan