"SAYA makan telur setiap hari," dedah seorang wanita dari Itali, Emma Morano, manusia paling tua di dunia, apabila disoal berkenaan rahsia dia berusia panjang.

Emma Morano yang berusia 116 tahun baru-baru ini dinobat sebagai manusia paling tua di dunia.

Berita itu diumumkan selepas kematian Susannah Mushatt Joness yang berusia 116 tahun dari New York pada Khamis lalu.

Morano, dikatakan sangat gembira selepas dipilih sebagai manusia paling tua di dunia.

Bukan itu sahaja, Morano turut dipercayai manusia terakhir masih hidup yang dilahirkan pada tahun 1880-an.

Apabila disoal berkenaan rahsia umur panjang oleh pihak media, Morano berkata beliau makan telur setiap hari sejak usia muda lagi.

Selain itu, diet pemakanannya juga hanya bertumpu kepada pengambilan daging dan pasta.

Malah, Morano berkata, tindakan beliau meninggalkan perkahwinan yang tidak bahagia turut mempengaruhi jangka usianya.

Menurut media antarabangsa, kesihatan Morano masih dalam keadaan baik.

"Keadaan saya baik pada umur 116!" kata Morano kepada pihak media.

Dilahirkan pada 29 November 1899, Morano kini menetap di sebuah bandar kecil berhampiran sempadan Switzerland.