Sekurang-kurangnya 13 terbunuh dalam kejadian bangunan runtuh di selatan Karachi, Pakistan pada Ahad lalu.

Menurut jurucakap polis, Altaf Hussain, ketika proses mencari dan menyelamat dimulakan, hanya satu mayat ditemui.

Namun, semakin operasi pencarian diteruskan di bawah kesan runtuhan itu, mereka menemui mayat mangsa-mangsa yang lain dan kesemuanya berjaya dibawa keluar.

Antara yang maut adalah tujuh lelaki, lima perempuan serta seorang kanak-kanak perempuan, manakala enam mangsa lain dilaporkan cedera dan kini sedang menerima rawatan.

Penduduk apartmen tersebut dilaporkan sudah mula mengosongkan bangunan berkenaan sejak Mac lalu selepas didapati bangunan itu tidak selamat untuk didiami.

Menurut saksi kejadian, kejadian tersebut berlaku dan menimpa mangsa semasa mereka pulang ke rumah untuk mengambil barangan mereka.