SEKURANG-KURANGNYA 20 orang dilaporkan telah terbunuh dan berpuluh-puluh lebih cedera dalam satu serangan udara yang dipimpin oleh Saudi di sebuah pasar di barat daya Yaman.

Laporan Al Jazeera yang memetik sumber berkata, serangan itu menyasarkan pasar Souk Al-Shahra iaitu sebuah pasar popular di kawasan pemberontak Houthi di wilayah Taiz kira-kira 200 kilometer barat daya Sanaa.

Saudara mara sesetengah mangsa tidak dapat mengenal pasti jenazah jenazah mereka kerana dipercayai hancur.

Sebuah rangkaian televisyen yang dikendalikan oleh kepimpinan Houthi, meletakkan jumlah mangsa lebih daripada 50 orang.

Gambar-gambar dimuat naik di laman web mereka yang memperlihatkan beberapa motosikal dan kedai musnah akibat serangan itu.