Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani arahan eksekutif bagi melaksanakan reformasi polis.

Arahan ini meliputi peruntukan dana persekutuan untuk memperbaiki amalan polis, termasuk mewujudkan pangkalan data bagi mengesan pencabulan atau salah guna kuasa polis.

Arahan eksekutif itu dimeterai selepas kemarahan awam memuncak susulan seorang kematian lelaki kulit hitam didakwa akibat keganasan polis.

Beberapa negeri lain turut mencadangkan reformasi radikal.

"Hari ini adalah soal akal budi dan perjuangan untuk satu tujuan yang jarang diperoleh.

"Kita perlu mencari titik persamaan. Bagaimanapun saya menolak sama sekali usaha radikal untuk membubarkan jabatan polis ketika mereka berjaya merekodkan kadar jenayah terendah dalam sejarah.

"Rakyat tahu kebenaran, tanpa polis, akan berlaku kekacauan. Tanpa undang-undang akan wujud anarki, tanpa keselamatan maka ada huru-hara," kata Trump.

Arahan eksekutif ini menyasarkan kebertanggungjawaban dalam penguatkuasaan undang-undang.

Cadangan reformasi polis dikemukakan pasca kematian George Floyd pada 25 Mei lalu yang didakwa akibat keganasan polis.

Kematian Floyd mencetuskan protes besar-besaran di lebih 30 negeri.