PENTADBIRAN Makanan dan Ubat-Ubatan Amerika Syarikat (FDA) pada Rabu meluluskan penggunaan vaksin paling dinantikan iaitu vaksin demam denggi.
Vaksin yang dikenali sebagai Dengvaxia dikeluarkan syarikat farmaseutikal Perancis, Sanofi Pasteur yang dilapor mengambil masa lebih 20 tahun dan pelaburan sekitar AS$2 bilion dolar (kira-kira RM8.3 bilion).
Syarikat itu telah menguji vaksin tersebut dalam beberapa percubaan besar dengan lebih daripada 30,000 kanak-kanak di seluruh dunia serta menerbitkan hasil kajiannya itu di New England Journal of Medicine.
Walaubagaimanapun, vaksin Dengvaxia ini mempunyai sejarahnya tersendiri yang penuh kontroversi.
Pada mulanya ia dihasilkan dengan sasaran awal membantu kanak-kanak di Puerto Rico dan beberapa kawasan di Amerika Syarikat yang dilanda masalah demam denggi.
Namun sebaliknya berlaku di Filipina pada tahun 2016 apabila 355 nyawa, kebanyakannya kanak-kanak, terkorban akibat pengeluaran awal vaksin tersebut.
Disebabkan angka korbannya yang tinggi, insiden tersebut dianggap peristiwa gelap yang berlaku di Filipina sehingga membabitkan pertuduhan jenayah di negara itu.
BACA: Cadangan wajibkan suntikan vaksin dibentang 8 Mei ini - Dr Dzulkefly
Pada awal penghasilannya, seorang ahli sains, Dr Scott Halstead meluahkan rasa bimbang berhubung vaksin baharu ini.
"Apabila saya membaca artikel New England Journal, saya terkejut," kata Dr Halstead yang mempunyai pengalaman lebih 50 tahun mengkaji penyakit demam denggi.
BACA: Malawi negara pertama beri vaksin malaria kepada kanak-kanak
Menurutnya, vaksin tersebut boleh meningkatkan risiko komplikasi maut yang disebut sebagai sindrom kebocoran plasma di mana saluran darah mula membocorkan cecair kuning darah.
Sejak kontroversi Dengvaxia melanda, tahap keyakinan terhadap vaksin dalam kalangan ibu bapa Filipina telah merosot daripada 82 peratus pada 2015 kepada hanya 21 peratus pada 2018.
Sepanjang tempoh itu, kadar kepercayaan ibu bapa terhadap mana-mana vaksin lain juga telah menurun daripada 93 peratus kepada 32 peratus.
BACA: Suntikan vaksin: Ahli Parlimen cadang Malaysia contohi Singapura
Akibatnya, penggunaan vaksin untuk penyakit kanak-kanak di Filipina, seperti campak telah menurun, kata WHO.
Susulan itu, Filipina kini dilanda wabak besar penyakit berjangkit dengan lebih 26,000 kes dan lebih 355 kematian direkodkan tahun ini.
BACA: Tiada bahan tidak halal dalam vaksin di Malaysia - KKM
Namun, vaksin terbaharu ini dilaporkan telah mendapat kelulusan daripada kalangan doktor yang mengkaji mengenai denggi agar ia tidak menimbulkan kompilasi kepada kanak-kanak.
Insiden yang berlaku di Filipina sememangnya dianggap peristiwa buruk dunia, tetapi ia tidak bermaksud bahawa semua orang perlu berhenti menggunakan vaksin.
Vaksin sebenarnya membantu mengawal penularan wabak penyakit dan kajian saintifik perlu dijalankan dari masa ke semasa supaya peristiwa yang berlaku di Filipina itu tidak berulang.
BACA: Undang-undang perlu dipinda sebelum wajibkan 2 suntikan vaksin - Dr Dzulkefly
Afiq Ariffin
Sat May 04 2019
Walaupun vaksin denggi mendapat kelulusan, masih ada sesetengah pihak yang meluahkan rasa kebimbangan terhadap vaksin tersebut. -gambar FAIL
‘Silent Cinema’ - Pengalaman baharu tonton filem dengan gaya hip dan trendy
Jangan lupa untuk membawa fon kepala atau fon telinga anda untuk merasai sendiri pengalaman baharu ini.
AWANI Ringkas: Lelaki lepas tembakan di KLIA didakwa cuba bunuh isteri
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Peniaga wanita ditahan jual beg tiruan dalam talian
Seorang peniaga wanita ditahan selepas dikesan menjalankan aktiviti menjual beg tiruan dalam talian menggunakan cap dagangan secara salah.
Fahmi kesal Universiti Malaya jemput penceramah cetus kontroversi berkaitan Palestin
Beliau kesal terhadap Universiti Malaya kerana menjemput seorang penceramah warga asing yang mengeluarkan kenyataan mencetuskan kontroversi berkaitan Palestin.
Nahas helikopter Lumut: Mendiang Joanna Felicia disemadi dengan istiadat ketenteraan
Keranda mendiang diturunkan sekitar jam 11.20 pagi selepas upacara keagamaan berakhir, diikuti kawad hormat bersenjata disempurnakan oleh 12 pegawai dan anggota TLDM yang berpangkalan di Kuching.
DNB umum ahli lembaga pengarah baharu merangkumi lima pengendali rangkaian mudah alih
DNB melantik ahli lembaga pengarah baharu, yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin kanan industri telekomunikasi dan teknologi.
Warga emas maut langgar penghadang besi di Gua Musang
Seorang lelaki warga emas maut selepas kenderaan dipandunya terlanggar penghadang besi di Jalan Persiaran Raya susur Taman Damar, Gua Musang.
Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, dalam keadaan stabil - Keluarga
Keadaan Abdullah dilaporkan stabil dan masih dirawat di Unit Penjagaan Koronari (Coronary Care Unit).
[TERKINI] Tun Abdullah dimasukkan ke IJN, keadaan stabil
Tun Abdullah Ahmad Badawi telah dimasukkan ke Institut Jantung Negara pada Rabu kerana mengalami Small Spontaneous Pneumothorax.
[TERKINI] UM mohon maaf, ambil tindakan segera tangani situasi
Universiti Malaya kesal dengan kenyataan kontroversi penceramah jemputan warga asing yang tidak menghormati sentimen masyarakat seperti tular dalam laman media sosial.
TikTok akan saman AS jika dipaksa jual atau dihalang akses
Bytedance dijangka akan melihat kepada pelbagai perkara termasuk melawan di mahkamah sebelum membuat keputusan untuk menjual atau sebagainya.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
AS: Dua maut, enam cedera dalam kejadian tembakan di Memphis
Sekurang-kurangnya dua orang maut dan enam lagi cedera dalam kejadian tembakan di sebuah parti di Memphis, Tennessee.
Seorang maut, tujuh hilang helikopter tentera Jepun terhempas
Ketika ini punca kejadian tidak diketahui, namun kerajaan akan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan nyawa.
Pakistan bidas AS terhadap sekatan ke atas firma pembekal item misil balistik
Jurucakap Kementerian Luar Pakistan Mumtaz Zahra Baloch berkata Washington pada masa lepas telah mengambil langkah sedemikian tanpa bukti.
AS mungkin tidak kena sekatan terhadap Iran, bimbang harga minyak mentah naik mendadak
Iran tidak akan lakukan serangan besar yang boleh melumpuhkan Israel dan Israel juga tidak akan berbuat demikian terhadap Iran.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Palestin kecam AS guna kuasa veto halang keanggotaan penuh negara itu dalam PBB
Palestin mengecam sekeras-kerasnya keputusan Amerika Syarikat (AS) yang menggunakan kuasa veto bagi menolak usul Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) pada Khamis yang menuntut ke
Malaysia kecewa AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
Pelaksanaan veto ke atas perkara penting dan signifikan itu telah menimbulkan persoalan terhadap keinginan sebenar Ahli UNSC.
AS veto, halang PBB iktiraf negara Palestin
AS berkata sebuah negara Palestin yang merdeka harus ditubuhkan melalui rundingan terus antara Israel dan Pihak Berkuasa Palestin.