Ikon sukan tenis, Venus Williams, dibebaskan dari sebarang pertuduhan dalam sebuah kes kemalangan jalan raya di Palm Beach Gardens, Florida, pada bulan Jun lalu yang menyebabkan seorang penumpang berusia 78 tahun meninggal dunia.
Linda Barson, wanita yang memandu kereta tersebut pada hari kejadian tidak akan didakwa dalam insiden itu.
Dalam kejadian tersebut, kereta yang dipandu Barson melanggar bahagian penumpang kereta pemenang Grand Slam itu. Barson cedera parah akibat kejadian itu termasuk retak tulang dada dan patah pergelangan tangan, sementara suaminya, Jerome, yang berada di bahagian tempat duduk penumpang maut dua minggu selepas kejadian kerana kecederaan yang dialaminya.
Polis Palm Beach Gardens berkata berdasarkan siasatan yang telah dijalankan, Williams telah mengikut undang-undang dan memandu dengan berhemah.
Williams pada awalnya telah didakwa kerana memandu dengan cuai dan melanggar lampu merah kerana Barson mempunyai hak laluan di persimpangan tersebut. Namun dakwaan itu ditarik balik apabila pasukan penyiasat menilai kandungan kamera litar tertutup pada hari kejadian.
Ia menunjukkan Williams mula memandu keretanya setelah lampu bertukar hijau namun dihalang oleh sebuah kereta yang cuba memotongnya dan membuat dia terpaksa memberhentikan keretanya sebelum meneruskan perjalanan.
Pada masa yang sama, lampu trafik di jalan bertentangan bertukar hijau dan Benson mula memandu keretanya dan akhirnya bertembung dengan bahagian penumpang kereta Williams.
Laporan polis yang difailkan untuk kejadian itu turut menyatakan bahawa Barson sepatutnya lebih berhati-hati dan memastikan bahawa kereta di bahagian bertentangan sudah berhenti sebelum meneruskan pemanduan.
Sementara itu, keluarga mendiang suaminya memfailkan saman terhadap Williams dan meminta ganti rugi atas kematiannya.
Agensi
Fri Dec 22 2017
Hasil siasatan mendapati Williams mempunyai hak perjalanan dan memandu secara berhemah
KKR, CIDB zahir hasrat hantar pekerja ke Nagasaki teroka kemahiran TVET
KKR menerusi agensinya Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) berhasrat memulakan penghantaran pekerja ke Nagasaki, Jepun menjelang suku keempat tahun ini.
Piala Thomas: Leong Jun Hao lakar kebangkitan, pastikan kemenangan Malaysia!
Leong Jun Hao melakar kebangkitan memastikan Malaysia memperoleh kemenangan ke atas wakil Hong Kong, Angus Ng Ka Long.
1MDB: Prosiding Najib julung kali dibuat pada Sabtu
Perbicaraan pertama dibuat pada hujung minggu ini berlangsung tepat jam 8.30 pagi, selepas bekas Perdana Menteri itu dibawa pihak berkuasa dengan menaiki kenderaan dari Jabatan Penjara.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Pelajar PhD USIM ambil ujian di sebalik runtuhan di Gaza
Pelajar PhD USIM warga Palestin nekad menjalani Ujian Kelayakan yang dijalankan secara dalam talian pada Jumaat walaupun berdepan risiko dibom tentera Zionis pada bila-bila masa.
UMNO dan BN dokong calon PH demi Kerajaan Perpaduan - Ahmad Zahid
Presiden UMNOsedar taktik pihak tertentu yang cuba melaga-lagakan parti pimpinannya dengan parti komponen Pakatan Harapan itu.
PRK Kuala Kubu Baharu saksikan pertandingan empat penjuru
Keempat-empat calon itu ialah Khairul Azhari Saut (PN), Pang Sock Tao (PH), Nyau Ke Xin (Bebas) dan Hafizah Zainudin (Parti Rakyat Malaysia).
3 maut, 5 parah nahas dua pacuan empat roda
Tiga maut, lima parah dalam kemalangan membabitkan dua kenderaan pacuan empat roda di Jalan Kuala Krai-Gua Musang kira-kira jam 12.30 pagi tadi.
Penunjuk perasaan pro-Palestin di Paris kepung universiti
Penunjuk perasaan pro-Palestin mengepung bangunan dan kawasan hadpaan Universiti Sciences Po yang berprestij di Paris pada Jumaat.
Piala Thomas: Zii Jia pamer magis tarik perhatian ramai di Chengdu
Zii Jia merekodkan kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu dalam aksi yang mengambil masa 45 minit menghadirkan saat-saat terbaik dalam saingan pembukaan ini.
Venus Williams bebas tuduhan memandu dengan cuai hingga sebabkan kematian
Ikon sukan tenis Venus Williams bebas tuduhan memandu dengan cuai sehingga menyebabkan kematian, hasil siasatan rakaman kamera di lokasi.