SEORANG wanita yang sedang hamil dari Queensland, Australia disahkan positif virus Zika, lapor Jabatan Kesihatan Queensland, pada Rabu.

Memetik laporan The Guardian, wanita berkenaan disahkan dijangkiti virus Zika pada Isnin selepas dia kembali dari melancong ke luar negara.

Bagaimanapun Identiti pesakit serta butiran destinasi pelancongannya masih belum didedahkan oleh Jabatan Kesihatan negara itu.

Difahamkan, ini merupakan kes ketiga yang dilaporkan di negera tersebut dalam tempoh seminggu.

Sebelum ini, seorang kanak-kanak dari Brisbane dilapor positif virus itu selepas pulang dari Samoa.

Turut disahkan positif, seorang wanita yang pulang dari bercuti di El Salvador.

VIDEO: Elak hubungan seks langkah pencegahan Zika

VIDEO: Tiada kes Zika dilaporkan di Malaysia setakat ini

BACA: 5 perkara penting anda perlu tahu berkenaan virus Zika

Kerajaan Australia kini telah mengeluarkan amaran perjalanan termasuk mencadangkan wanita hamil untuk menangguhkan perjalanan mereka ke negara-negara yang terlibat dengan wabak Zika.

Bagaimanapun, pakar perubatan berkata risiko virus Zika yang merebak luas di Australia adalah sangat rendah. Nyamuk yang membawa virus itu hanya aktif di timur laut negara itu yang jarang dihuni penduduk.

Demam Zika adalah penyakit virus yang disebarkan oleh nyamuk yang membawa virus Zika (ZIKV).

Ia disebarkan kepada manusia melalui gigitan nyamuk Aedes iaitu vektor yang sama bagi demam denggi.