Bintang legenda Hollywood, Doris Day meninggal dunia

Bintang legenda Hollywood, Doris Day meninggal dunia
Doris Day atau nama sebenarnya Mary Ann Von Kappelhoff dilahirkan pada 3 April 1922 di Cincinnati, Ohio. - Foto REUTERS
AKTRES dan penyanyi legenda Hollywood, Doris Day meninggal dunia hari ini pada usia 97 tahun akibat radang paru-paru.

Bintang yang terkenal ketika era 1950an dan 60an itu meninggal dunia di kediamannya di Carmel Valley, California, Amerika Syarikat.

Menurut Yayasan Haiwan Doris Day, mendiang berada di dalam keadaan kesihatan yang sangat baik untuk usianya, sehinggalah baru-baru beliau mengalami penyakit paru-paru yang serius, yang mengakibatkan kematiannya.
Doris Day atau nama sebenarnya Mary Ann Von Kappelhoff dilahirkan pada 3 April 1922 di Cincinnati, Ohio.

Artis berwatak 'gadis sederhana' itu terkenal dengan lagu "Que Sera, Sera" dan filem lakonan beliau, antaranya "The Man Who Knew Too Much" (1956), "Calamity Jane" (1953) dan "Pillow Talk" (1959).


Day pernah membintangi lebih 40 filem sejak 1948 hingga 1968 dan pernah digadingkan bersama Cary Grant, Rock Hudson dan James Garner.

Bintang serba boleh itu menjadi antara pelakon terlaris Hollywwod dan muncul dalam perlbagai genre filem termasuk komedi, muzikal, suspens dan juga filem 'western'.