Bukan mudah untuk menjadi antara individu paling berpengaruh dalam senarai Forbes 30 Under 30 Asia 2017 dan menghadiri sidang kemuncak acara itu di Manila yang mana mengumpulkan 300 individu termasyur dalam bidang masing-masing.
Di kesempatan itu, pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof yang turut tersenarai telah berkongsi dengan pengikutnya di Instagram antara perkara menarik yang diperbincangkan bersama Forbes Asia di sidang kemuncak itu.
“Saya bercakap mengenai salah faham tentang wanita Islam, wanita berdaya saing dan apa yang saya fikir tentang hijab.
“Secara jujurnya ia mungkin satu jawapan tidak popular dengan mengatakan beberapa perkara, tetapi ia satu wawancara yang sangat menarik,” tulisnya dalam post terbaru di Instagram.
Bagaimanapun, post berkenaan dibidas beberapa pengikut yang mempersoalkan mengenai cara beliau berpakaian dalam gambar berkenaan.
Namun Vivy tidak segera melatah, dan menjawab sebaik mungkin pandangan netizen mengenai pakaiannnya.
“Apabila orang berbuat kebaikan dan membuat perubahan kepada dunia, perkara pertama yang anda lakukan adalah mengukur bagaimana Islamnya penampilan dia.
“Terdapat banyak umat Islam di dunia ini yang saya hormati atas apa yang mereka lakukan, dan mereka tidak memakai tudung - adalah sangat memalukan jika anda menutup pencapaian mereka hanya penampilan mereka tidak cukup ‘Muslim’ buat anda.
“Bukalah minda dan bersikap baik kepada semua orang, menilai bukan urusan kita tetapi urusan Tuhan,’ jawab Vivy.
Di sebalik komen-komen itu, ramai yang melihat pencapaian Vivy dalam Forbes Asia 2017 adalah satu perkara yang memberi inspirasi buat ramai wanita.
Vivy menghadiri sidang kemuncak Forbes Asia 2017 di Manila, Filipina bersama pelakon dan usahawan Naelofar Hijab, Neelofa bermula pada Selasa.
BACA: Vivy Yusof, Neelofa ke Manila bagi sidang kemuncak Forbes Asia 2017
Fashion Valet merupakan antara laman beli belah atas talian yang semakin berkembang di rantau Asia dengan lebih 400 jenama fesyen di bawahnya.
Azyyati Ahmad
Tue Jul 25 2017
Vivy Yusof telah berkongsi dengan pengikutnya di Instagram antara perkara menarik yang diperbincangkan bersama Forbes Asia 2017.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Saya dah cuba sehabis baik... - Netizen puji cara Haqiem Rusli jawab isu isteri buka tudung
Sebagai suami, Haqiem berkata dia menerima segala ujian dalam berumah tangga dan mengharapkan semua orang mendoakan yang terbaik.
"Kenapa waktu di Mekah boleh jaga aurat, tapi balik Malaysia tak?"- Mila Jirin
Moga kita semua terus istiqamah...
Masalah tidak berakhir dengan hanya pakai tudung - NUFAM
NUFAM bimbang bakal wujud stigma terhadap anak kapal yang menutup aurat sekiranya mereka juga diarahkan untuk menyajikan minuman beralkohol kepada penumpang.
Wanita Arab Saudi reka fesyen abaya untuk gaya hidup aktif
Wanita Arab Saudi semakin mendapat kebebasan di bawah agenda reformasi yang diperkenalkan oleh Tengku Mahkotanya, Mohammed Salman.
Jangan buka aib isteri kepada umum
Pendakwah, Datuk Md Daud Che Ngah berkata, dari sudut agama, aurat dan aib isteri perlu dipelihara oleh suami.
Haqiem Rusli: Ada sebab saya tak 'upload' gambar dengan wanita tak tutup aurat
Mungkin ramai yang sudah tahu tentang prinsip pendatang baru, Haqiem Rusli yang tidak akan menghasilkan lagu buat penyanyi wanita.
Netizen puji suami Ummi Nazeera 'cover' aurat isteri
Netizen memuji sikap suami kepada pelakon Ummi Nazeera, Dr. Mohd. Izzar Anwari yang prihatin dan menjaga aurat isterinya.
Dibidas netizen kerana aurat, ini jawapan Vivy Yusof
Vivy Yusof telah berkongsi dengan pengikutnya di Instagram antara perkara menarik yang dibincangkan bersama Forbes Asia 2017.
Isu Farah Ann: 'Ahli politik dan artis pun kena tutup aurat' - Dr Fathul
Dr Fathul Bari berkata sesuatu nasihat itu perlu dibina atas kasih dan sayang untuk memperbetulkan kesilapan, dan bukannya melahirkan kebencian.
Farah Ann 'serang' pengkritik: Tong kosong memang berbunyi nyaring
Atlet gimnastik negara, Farah Ann Abdul Hadi hari ini menyerang kembali mereka yang mengkritiknya kerana mengenakan pakaian yang menjolok mata semasa di Sukan SEA 2015 di Singapura.