PELAKON Hollywood, Hugh Jackman dikecam peminatnya apabila keprihatinan yang ditunjukkan dalam membendung penularan COVID-19 sebaliknya mengakibatkan pembaziran.

Teknik mencuci tangan dengan betul yang ditunjukkan Jackman memang bagus, tetapi silapnya apabila air paip tidak ditutup sementara merekod video berkenaan.

“Terima kasih semua kerana menegur kesilapan saya... menunjukkan teknik mencuci tangan dan membiarkan air tidak ditutup.

“Saya langsung tidak terfikir perkara itu,” kata pelakon kelahiran Australia itu.

Jackman kemudian memadam video yang dimuat naik ke laman Instagram miliknya sebelum merekod video lain dengan kapsyen:

“Take 2. You’re ALL absolutely right. Turn off the tap whilst washing your hands. Smart, healthy practices for yourself .. and the planet.'