BAGAIMANA jika yang mati, tetapi belum mati sepenuhnya?

Begitulah permulaan yang boleh digambarkan dalam IT : Chapter Two adaptasi daripada novel Stephen King.

Rata-rata peminat sangat teruja dengan "trailer" yang menunjukkan pengembaraan baharu The Losers Club selepas 27 tahun berlalu.

Hanya dalam masa 11 jam selepas dilancarkan trailer tersebut telah mendapat 8 juta tontonan di laman rasmi Warners Brothers di YouTube.

Filem arahan Andy Muschietti ini dibarisi oleh Bill Skarsgard, James Mcavoy, Javier Botet, dan Jessica Chastain.

Ini merupakan sekuel daripada filem pertamanya IT yang sebelum ini memperoleh lebih daripada AS$700 juta (RM2.9 bilion ) dalam penjualan tiketnya di seluruh dunia.

IT: Chapter 2 bakal menemui peminat mulai 6 September ini.