JANGAN tonton trailer 'Spider-Man: Far From Home' jika anda belum lagi menyaksikan 'Avengers: Endgame'.

Itu adalah pesanan pelakon utama Spider-Man, Tom Holland yang muncul pada awal trailer terbaharu itu.

Menurutnya, anda perlu menonton filem "Avengers: Endgame" terlebih dahulu kerana terdapat spoiler dalam trailer terbaharu filemnya itu.

Selain Tom Holland, filem kerjasama di antara Marvel Studio dan Sony Pictures ini dibintangi oleh Samuel L. Jackson, Zendaya, Cobie Smulders, Jacob Batalon dan Marisa Tomei.

BACA: 'Mana Black Widow?' - Foto Iron Man bersama pelakon wanita Avengers: Endgame tular

BACA: Sedang asyik tonton 'Avengers: Endgame', tiba-tiba basah kuyup

Filem arahan Jon Watts ini akan menemui peminat pada 2 Julai 2019.

Filem "Avengers: Endgame" dilapor telah mendapat kutipan sebanyak AS$2 bilion dalam masa 11 hari tayangan.



AMARAN! Jangan tonton trailer "Spider-Man: Far From Home" di bawah jika anda belum lagi menyaksikan "Avengers: Endgame".