WASHINGTON: Filem Avatar menewaskan Avengers: Endgame selepas meraih kutipan sekitar AS$2.8 bilion(RM11.53 bilion).
Menurut laporan media antarabangsa, Avengers: Endgame ketinggalan AS$ 3 juta (RM12.35 juta) untuk membawa semula Avatar turun dari takhta.
Kutipan itu adalah adalah ekoran China mengambil inisiatif dengan menayangkan semula filem-filem blockbuster seperti Interstellar dan Inception demi meneruskan kelangsungan industri filem negara tersebut yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Filem yang pernah meraih anugerah berprestij Oscar sebelum ini jatuh ke tempat kedua apabila ditewaskan Avengers: Endgame pada 2019.
Menurut THR, menerusi tayangan semula pada Sabtu lalu, filem tersebut berjaya mengutip AS$8 juta (RM32.8 juta), menjadikan kutipan terkumpul kini mencecah RM11.53 bilion berbanding Avengers: Endgame yang mengutip AS$2.797 bilion (RM11.52 bilion).
Meskipun sudah lebih sedekad, impak Avatar masih kekal kukuh dan pencapaiannya menakjubkan.
Produser Avatar, Jon Landau yang menyifatkan pencapaian itu sebagai yang sesuatu membanggakan menzahirkan ucapan terima kasih kepada peminat China yang mengangkat kembali Avatar ke tahap bersejarah.
Landau memberitahu, dia dan pengarah filem James Cameron adalah antara individu yang paling teruja apabila diumumkan filem tersebut akan kembali ditayangkan di pawagam ketika pandemik ini.
"Kami mengucapkan ribuan terima kasih kepada peminat China atas sokongan mereka.
"Kami bekerja keras untuk memberi yang terbaik dalam sekuel Avatar yang akan datang dan akan terus memberi perceritaan yang epik pada masa-masa akan datang," katanya.
Tayangan perdana filem epik cereka sains itu diadakan di London pada 10 Disember 2009, kemudian dikeluarkan ke pawagam seluruh dunia pada 16 Disember 2009, diikuti di Amerika Syarikat pada 18 Disember 2009, lalu berjaya menambat hati para pengulas dan penononton dunia.
Astro Awani
Sun Mar 14 2021

Meskipun sudah lebih sedekad, impak Avatar masih kekal kukuh dan pencapaiannya menakjubkan. - Foto Walt Disney Studios

KBS mahu jadikan Malaysia tumpuan aktiviti e-sukan
Perkara itu sememangnya ada dalam Pelan Strategik Pembangunan e-Sukan 2020-2025 selain daripada penganjuran aktiviti dan pertandingan.

Remaja 17 tahun didakwa seludup 25 warga Myanmar dalam Toyota Vellfire
Siasatan mendapati kesemua pendatang tanpa izin itu dibawa dengan dari Rantau Panjang, Kelantan ke Kuala Lumpur, bayaran RM6,000 seorang.

Tutup Pusat Hiburan | Pemilik Crackhouse Comedy Club disenarai hitam
Pemilik Crackhouse Comedy Club kini tidak lagi dibenarkan daripada mendaftarkan lesen perniagaan mana-mana premis di sekitar ibu negara.

Jenayah Rasuah | Hanya 48 peratus rakyat cenderung buat laporan
Sikap tidak mahu melaporkan sesuatu kesalahan jenayah rasuah dalam kalangan rakyat menyebabkan Malaysia menjadi negara terbelakang berbanding lima negara jiran yang lain. Malah, Menteri Kewangan Dua Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun juga terkejut dengan dapatan Transparency International yang mendedahkan hanya 48 peratus sahaja rakyat Malaysia cenderung melaporkan kes rasuah.

Belasungkawa | Pengasas DAP, Dr Chen Man Hin meninggal dunia
Pengasas DAP, Dr Chen Man Hin, meninggal dunia dekat kediamannya di Seremban, Negeri Sembilan, pagi tadi, pada usia 97 tahun. Man Hin yang juga Penasihat Seumur Hidup DAP, adalah bekas Ahli Parlimen dan juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN).

Suami isteri didakwa subahat, salah guna kedudukan
Mereka didakwa bersubahat dan menyalahguna kedudukan untuk kerja-kerja berkaitan penilaian berjumlah lebih RM570,000 bagi Majlis Perbandaran Klang.

Penyanyi kelahiran Malaysia meninggal dunia di Taiwan
Eison Chai ditemui mati pada pagi Rabu selepas dilaporkan terjatuh dari bangunan stesen MRT Luzhou, New Taipei.
![[INFOGRAFIK] Pelancongan Domestik Malaysia 2021 [INFOGRAFIK] Pelancongan Domestik Malaysia 2021](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1983017/thumbnails/8967789641660714176036_640x360.jpg)
[INFOGRAFIK] Pelancongan Domestik Malaysia 2021
Ketahui dengan lebih lanjut mengenai pelancongan domestik Malaysia pada tahun 2021 menerusi infografik ini.

Ulang Tahun ke-77 Kemerdekaan Indonesia: Kalimantan mahu optimumkan ekonomi rentas sempadan
Indonesia dan Sarawak telah lama berkongsi sempadan negara sepanjang lebih 2,000 kilometer yang boleh memberi manfaat begitu luas kepada sosial dan ekonomi rakyat di kedua-dua belah pihak.

CIMB Islamic memperkasa WWF-Malaysia, semarakkan semangat lindungi spesies flora
CIMB bakal menganjurkan sidang kemuncak The Cooler Earth Sustainability Summit pada 20 hingga 24 September dan kemasukan adalah percuma.

Avatar kembali ungguli kutipan tertinggi, Avengers: Endgame ditolak ke senarai kedua
Filem Avatar menewaskan Avengers: Endgame selepas meraih kutipan sekitar AS$2.8 bilion(RM11.53 bilion).

Jadual tayangan 'Avatar' berubah kerana COVID-19
Dalam satu makluman terbaharu, Disney mengeluarkan jadual atau kalendar tayangan bagi beberapa filem terbitannya.

Tiada tarikh ditetapkan buat tayangan Mulan
Sebelum ini, filem arahan Niki Caro itu dijadual ditayangkan pada Mac namun telah ditangguhkan ke Julai, dan akhirnya pada 21 Ogos.

Avatar bakal turun takhta, Avengers: Endgame filem terlaris di dunia
Menurut laporan media antarabangsa, hanya AS$500,000 lagi diperlukan oleh Endgame untuk membawa Avatar turun dari takhta.

6 Avengers tersenarai sebagai pelakon paling mahal, anda mungkin tak percaya siapa nombor 1!
Persoalan yang mungkin bermain di fikiran peminat kini adakah pendapatan pelakon filem aksi ini setanding dengan pelakon 'A-list' yang lain?

Tayangan semula Avengers: Endgame masih gagal tandingi Avatars
Avengers: Endgame masih kekurangan AS$27 juta untuk menyamai rekod yang dipegang Avatar.

Mampukah tayangan semula Avengers: Endgame tandingi rekod kutipan filem Avatar?
Keluaran terbaru kali ini dikatakan membawakan "babak yang dipadam, tribut dan beberapa kejutan"

Avengers: Endgame bakal keluar dengan adegan tambahan?
Tidak disangkal lagi kehebatan filem Avengers: End Game sememangnya meninggalkan kesan buat peminat-peminat filem Marvel.

Michelle Yeoh sah bintangi sekuel Avatar
Pelakon hebat kelahiran tanah air, Tan Sri Michelle Yeoh dilaporkan bakal menyertai barisan pelakon untuk francais filem Avatar.

Awas! Momo Challenge dikatakan galak kanak-kanak bunuh diri
Daily Mail melaporkan Momo Challenge mula mendapat perhatian sejak kebelakangan ini dan ia mencabar pengguna berkomunikasi dengan individu tidak dikenali.