Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang di sini, kira-kira 10.15 pagi tadi.
Jenazah dibawa dari Batam, Indonesia, melalui bot khas pada 8 pagi tadi dan mengambil masa kira-kira dua jam sebelum tiba di terminal feri berkenaan.
Jenazah Pak Ngah tiba dengan diiringi beberapa anggota imigresen dan keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kasim.
BACA: Perjalanan terakhir Pak Ngah Suhaimi
Menurut Abdul Raziff Abdul Rani, beliau yang diwakilkan oleh keluarga Pak Ngah berkata, jenazah Allahyarham akan disembahyangkan di Masjid Kampung Baru dan dijangka dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Ampang, Kampung Baru, Kuala Lumpur, selepas zohor.
Allahyarham yang difahamkan berkunjung ke Batam, Indonesia atas urusan kerja dan bercuti bersama keluarga, meninggal dunia akibat kegagalan jantung di Tanjung Pinang, pada 3.15 petang, semalam.
Pak Ngah meninggalkan seorang isteri, Sharifah Mahani, seorang anak lelaki dan perempuan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 26 2018
Jenazah Pak Ngah tiba dengan diiringi beberapa anggota imigresen dan keluarga terdekat termasuk isterinya Datin Sharifah Mahani Syed Kasim. - Foto Bernama
Kemas kini Windows 11 papar iklan pada menu Start, bagaimana untuk matikannya?
Microsoft memberikan ruangan untuk pengguna Windows 11 menyembunyikan paparan pengiklanan berkenaan.
AWANI Ringkas: Ketelusan boleh elak pembaziran
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
Cubaan enam PATI menyusup keluar pulang ke negara asal gagal
Enam PATI ditahan Maritim Malaysia selepas gagal meloloskan diri pulang ke negara asal di perairan Tampok, Pontian.
Wanita maut dalam kemalangan go-kart ketika sambut hari lahir
Arini Mohamed Adinan dari Singapura terlibat dalam kemalangan mengerikan ketika menyambut hari jadi ke-33 bersama beberapa lagi rakannya di salah sebuah litar go-kart di Batam Rabu lepas.
Terapung 12 jam, nelayan Indonesia ditemui selamat
Mangsa keluar menangkap ikan dengan rakannya sebelum bot mereka terbalik dipukul ombak di perairan Batam.
Bot 'tukar haluan' sebelum karam di Tanjung Balau
Bot berkenaan yang dipercayai dikendalikan sebuah sindiket, telah bertindak menukar lokasi pendaratan apabila menyedari kehadiran pasukan keselamatan di kawasan berkenaan.
Indonesia bakal bina jambatan hubungkan Batam dan Bintan
Indonesia bercadang membina jambatan sepanjang tujuh kilometer menghubungkan dua pulau miliknya, di Selat Melaka.
Menteri Besar Perak yang baharu? Mengarut, kata Dr Mahathir
Dr Mahathir ditanya sama ada beliau berpuas hati dengan Ahmad Faizal yang kelihatan sebagai menteri besar yang kontroversi.
Jenazah Pak Ngah tiba dari Batam
Jenazah pejuang lagu Irama Malaysia yang juga komposer terkenal tanah air, Datuk Suhaimi Mohd Zain atau lebih mesra dikenali sebagai Pak Ngah selamat tiba di Terminal Feri Pasir Gudang.
Pejuang irama Malaysia Pak Ngah meninggal dunia
Astro AWANI difahamkan jenazah Pak Ngah akan dibawa pulang esok.
Equanimity: RM3 juta sebulan, 'umpama adakan parti setiap hari atas kapal'
Berbelanja RM3 juta sebulan bagi kerja penyelenggaraan sebuah kapal layar mega adalah seumpama mengadakan pesta mewah setiap hari di atas kapal sedangkan utiliti kapal layar digerakkan setiap waktu.
Bayi berwajah dua di Batam
Penduduk di Kepulauan Riau baru-baru ini digemparkan dengan kelahiran seorang bayi lelaki berwajah dua di Batam.