Berbelanja RM3 juta sebulan bagi kerja-kerja penyelenggaraan sebuah kapal layar mega adalah seumpama mengadakan pesta mewah setiap hari di atas kapal sedangkan utiliti kapal layar digerakkan setiap waktu, seorang pakar kapal layar mewah memberitahu Bernama hari ini.
Pengarah operasi Mega Yacht Club of Vanuatu Ltd, Nicholas de Souza, berkata jumlah itu juga adalah lebih daripada mencukupi untuk pengambilan anak kapal dengan gaji yang tinggi dan kapten kapal kanan secara tetap.
“Dan (jumlah itu cukup untuk) mengambil kakitangan perkhidmatan tambahan sehingga 25 orang tetapi untuk berbelanja RM3 juta … ia tentunya pesta setiap hari atau pesta amat besar setiap minggu,” katanya.
Beliau menyatakan demikian ketika diminta mengulas satu laporan berita bahawa ia menelan kos kira-kira RM3 juta sebulan untuk menyelenggara sebuah kapal layar yang amat besar. Equanimity, yang dikaitkan dengan kontroversi susulan dakwaan bahawa ia dibeli dengan menggunakan dana daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB).
Kapal sepanjang 91.5 meter itu tiba di Pelabuhan Klang semalam selepas kerajaan Indonesia, yang merampasnya awal tahun ini, bersetuju untuk menyerahkan penjagaannya kepada pihak berkuasa Malaysia.
Dengan kepanjangannya, de Souza berkata, Equanimity dianggap sebagai sebuah kapal layar dalam kelas mega dan tidak ada marina di Langkawi, setakat ini, mempunyai kapasiti untuk menerima kehadiran kapal yang bersaiz sebegitu.
Dengan pengalaman menguruskan beberapa kapal layar mega di beberapa negara, beliau berkata anggaran kos penyelenggaraan Equanimity adalah melebihi perbelanjaan biasa mana-mana kapal layar mewah yang beliau ketahui.
“(Angka yang dilaporkan) boleh membuat krew dan tetamu kapal menikmati kemewahannya, lebih daripada tinggal di hotel enam bintang untuk tempoh masa yang lama,” katanya.
Menurut beliau, walaupun kos boleh berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lain, perbelanjaan penyelenggaraan asas untuk kapal layar mewah di Langkawai hanya mencecah kira-kira RM75,000 sebulan melibatkan krew minimum dan bayaran tempat parkir
“Sekiranya ia (Equanimity) (dikekalkan) di sini, ia (memperuntukkan RM3 juta sebulan) akan (mencukupi) seperti mendapat semua krew di hotel kelas tinggi, yang lain memerhati dari atas kapal setiap masa dan menghiburkan tetamu hampir setiap hari,” tambah beliau.
Bernama
Wed Aug 08 2018
Walaupun kos boleh berbeza-beza dari satu tempat ke tempat lain, perbelanjaan penyelenggaraan asas untuk kapal layar mewah di Langkawai hanya mencecah kira-kira RM75,000 sebulan melibatkan krew minimum dan bayaran tempat parkir. - Gambar fail
Piala Uber: Tuan rumah China bertemu Indonesia pada final
Tuan rumah China akan bertemu Indonesia bagi menentukan Juara Piala Uber selepas menewaskan Jepun 3-0.
PRK Kuala Kubu Baharu: 17 NGO India umum sokong calon PH
Sebanyak 17 badan bukan kerajaan (NGO) yang mewakili kaum India di Kuala Kubu Baharu (KKB) menyatakan sokongan kepada calon Pakatan Harapan (PH) Pang Sock Tao.
Selesai di Kedah, PM meriahkan pula Rumah Terbuka Aidilfitri di Pulau Pinang
Sejurus selesai Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI peringkat Kedah di Jitra, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim terus bergegas ke Pulau Pinang bagi menghadiri Rumah Terbuka Aidilfitri Persatuan K
Berbeza pandangan bukan penghalang perkukuh kerjasama kerajaan negeri, Persekutuan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap perbezaan pandangan tidak menjadi penghalang dalam usaha untuk terus memperkukuh kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Kedah demi
Nurul Izzah terus cemerlang, Muhammad Ridwan kalahkan abang
Nurul Izzah tidak berdepan masalah untuk mengungguli saingan final dengan mengetepikan cabaran dua rakan senegara.
Kementerian Kesihatan cadang wujud tiga lagi Wellness Hub di Sabah
Kementerian Kesihatan bercadang untuk mewujudkan tiga lagi Wellness Hub di Sabah bagi mendorong amalan kualiti hidup sihat dalam kalangan penduduk di negeri itu.
Kaedah nyamuk berwolbachia atasi masalah kes denggi di N.Sembilan
Kumulatif kes denggi di Negeri Sembilan merekodkan peningkatan kepada 2,824 kes hingga Minggu Epidemiologi ke-17 (ME17) tahun ini berbanding 1,032 kes bagi tempoh yang sama tahun lepas.
Hajiji mahu Jabatan Perhutanan Sabah tingkat kutipan hasil hutan
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mahu Jabatan Perhutanan Sabah (JPS) meningkatkan kutipan hasil hutan untuk mencapai sasaran RM165 juta yang ditetapkan pada tahun ini.
Pesara maut, kereta dipandu terbabas akibat serangan jantung
Siasatan awal mendapati mangsa memandu dari arah Lahat dan apabila sampai di tempat kejadian dia dipercayai mengalami serangan jantung.
HAWANA: Lima wartawan Sarawak bakal terima Anugerah Apresiasi Premier Sarawak
Kriteria bagi penerima anugerah itu akan diumum sewaktu acara kemuncak penyampaian Anugerah Tokoh HAWANA.
Jho Low masukkan wang RM100 juta sebagai hadiah kepada bekas peguam 1MDB
Bekas peguam 1Malaysia Development Berhadmengaku di Mahkamah Tinggi bahawa beliau menerima hadiah RM100 juta daripada ahli perniagaan dalam buruan Jho Low, walaupun telah meninggalkan syarikat itu.
'Saya percayakan Jho Low sebab dia sudah miliki wang berjuta' - Jasmine Loo
Bekas peguam 1MDB memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bahawa tidak terlintas di fikirannya ahli perniagaan dalam buruan Jho Low adalah seorang penipu.
Utusan Malaysia mohon maaf kepada pembaca
Portal berita tempatan Utusan Malaysia memohon maaf selepas menerbitkan artikel berhubung pengampunan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib tidak maklumkan terbitan bon AS$3.5 bilion kepada Kabinet
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu Datuk Seri Najib Tun Razak tidak memaklumkan Kabinet mengenai terbitan bon AS$3.5 bilion.
Najib disyaki terima AS$681 juta untuk beli undi PRU13 - SPRM
Seorang pegawai penyiasat SPRM memberitahu Mahkamah Tinggi di sini pada Selasa bahawa, Datuk Seri Najib Tun Razak disyaki menerima AS$681 juta untuk membeli untuk PRU13 pada 11 tahun lalu.
Najib belanja RM80,000 untuk ubat cegah kanser pada 2013 - Pegawai penyiasat
Mahkamah diberitahu bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak membelanjakan RM80,000 pada 2013 untuk suplemen dan vitamin bagi pencegahan kanser daripada wang derma.
Muhyiddin titipkan doa buat Najib
Semalam, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa dalam sidang media di Parlimen turut mengesahkan masalah kesihatan yang sedang dihadapi Najib.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 15 Ogos 2023.
1MDB: Kerajaan sita, lucut hak harta lebih RM83 juta
Kerajaan sudah menyita dan melucut hak pelbagai harta bernilai lebih RM83 juta berkait kes penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) setakat ini.
SPRM percaya Jho Low sembunyi di Macau - Laporan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) percaya bahawa ahli perniagaan dalam buruan Low Taek Jho atau Jho Low bersembunyi di Macau.