"KEMENANGAN ini sangat besar maknanya bagi saya, apatah lagi ia mengiktiraf hasil kerja penyanyi dan lagu dari rantau nusantara."
Dayang Nurfaizah juga menyifatkan kemenangan dua anugerah utama kategori terbaik di majlis Anugerah Planet Muzik 2017 (APM2017) berlangsung di MES Theatre at Mediacorp, sebagai pembakar semangat untuk melebarkan bakat ke negara jiran.
Dayang mengungguli anugerah Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi lagu yang turut menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31), Lelaki Teragung.
KLIK UNTUK SENARAI PENUH PEMENANG APM 2017
Turut bersaing bersama Dayang dalam kategori Artis Terbaik Wanita penyanyi popular dari Indonesia, Isyana Sarasvati, Aisyah Aziz (Singapura) dan Raisa (Indonesia).
Bagi kategori Lagu Terbaik Malaysia turut bersaing dengan Lelaki Teragung, Jampi dendangan Hael Husaini, Dirghahayu (Faizal Tahir dan Datuk Siti Nurhaliza), Selamanya Cinta (Shila Amzah dan Alif Satar) dan Andainya Takdir (Anuar Zain).
Dayang bagaimanapun tidak dapat hadir ke APM 2017 kerana terikat dengan tuntutan kerja yang sudah dipersetujui lebih awal.
"Saya mengambil kesempatan atas kemenangan ini untuk merakamkan terima kasih kepada pihak juri di APM 2017 dalam menilai bakat dan karya yang saya ketengahkan.
"Saya turut dedikasikan kemenangan ini kepada semua pihak yang terbabit secara langsung dan tidak langsung sehingga membolehkan saya mahupun lagu Lelaki Teragung mencapai banyak kejayaan di dalam mahupun luar negara," katanya.
Selain kategori Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia, Dayang Nurfaizah turut tercalon dalam kategori lain iaitu Lagu Paling Popular dan Artis Paling Popular APM 2017.
Gempak
Sun Oct 15 2017
Dayang mengungguli anugerah Artis Terbaik Wanita dan Lagu Terbaik Malaysia menerusi lagu yang turut menjadi juara di Anugerah Juara Lagu ke-31 (AJL31), Lelaki Teragung.
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Kemenangan 2 anugerah utama APM 2017 jadi pembakar semangat Dayang Nurfaizah
"Kemenangan ini sangat besar maknanya bagi saya, apatah lagi ia mengiktiraf hasil kerja penyanyi dan lagu dari rantau nusantara."
Khai Bahar dinobat Artis Paling Popular Anugerah Planet Muzik 2017
Anugerah Planet Muzik 2017 (APM 2017) yang menggabungkan artis Malaysia, Singapura dan Indonesia berlangsung meriah di Singapura malam tadi.
APM 2016: Ayda Jebat rangkul 3 trofi
Malam Anugerah Planet Muzik 2016 (APM 2016) menyaksikan dominasi penyanyi Ayda Jebat dengan membawa pulang tiga trofi.
Hafiz, Artis Serantau Paling Popular APM 2013
Hafiz meraih gelaran Artis Serantau Paling Popular menewaskan nama-nama besar lain dalam Anugerah Planet Muzik (APM) 2013.
Sharnaaz lepaskan geram di Twitter? (Video)
Pelakon Sharnaaz Ahmad dikatakan tidak senang hati dengan gurauan penyanyi Shila Amzah semasa Anugerah Planet Muzik namun akui akaun Twitter digodam