Bintang Gegar Vaganza 2019 (GV2019), Naqiu menafikan dakwaan bahawa dia pernah beristeri dua.
Menurut Naqiu, tuduhan terbabit dianggap melucukan dan sangat tidak masuk akal memandangkan faktor usia kelima-lima anaknya berselang setahun setiap seorang.
"Tengok muka saya ni layak ke nak ada dua isteri? Tak adalah. Saya tak tahu dari mana datangnya cerita itu. Anak-anak saya rapat-rapat, bila masa saya nak kahwin lain?
"Inilah dakwaan paling kelakar dan saya tak sangka. Anak-anak saya berusia tujuh, enam, lima, empat dan yang bongsunya baru setahun. Ruang mana saya nak cari isteri lain?" jelas Naqiu kebingungan.
Baru-baru ini, sebuah forum gosip hiburan telah membongkar kehidupan sebenar seorang selebriti yang pernah berpoligami.
Lebih mengejutkan apabila isteri kepada penyanyi lelaki yang dimaksudkan itu didakwa memaksa untuk menceraikan isteri pertama yang pernah menjadi kawan rapatnya sebelum ini.
Dakwa pengguna itu lagi, anak pertama dan ketiga penyanyi itu merupakan hasil daripada perkahwinan pertamanya.
Biarpun tidak menujukan dakwaan itu terhadap mana-mana selebriti namun ramai yang mengandaikan kenyataan itu dikaitkan dengan Naqiu.
"Kata individu itu isteri saya nampak merendah diri, ya dia memang merendah diri dan saya sayangkan isteri saya, dia teman hidup saya.
"Saya berterima kasih sebab individu itu mengambil berat pasal saya dan saya doakan dia bahagia," tambahnya.
Menurut Naqiu lagi, dakwaan sedemikian dianggap sebagai perkara yang positif memandangkan semakin ramai yang memberikan perhatian kepadanya.
"Saya terbuka pada apa-apa pun, itu bermaksud orang memberikan perhatian kepada saya. Dari sudut positif, orang sentiasa mencari saya.
"Selepas 12 tahun berdiam diri, baru sebulan lebih ini orang mengorek kisah saya sedalam-dalamnya. Mungkin ada kemungkinan yang baik dalam karier saya kelak," katanya.
GV2019 bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
Dapatkan perkembangan terkini tentang GV2019 di laman sosial rasmi Instagram @gegarvaganzaofficial atau Facebook Astro Gempak atau di laman web www.gempak.com/gegarvaganza.
GV2019 ditaja oleh pengeluar rangkaian susu segar dan produk tenusu Farm Fresh Malaysia serta disokong oleh penaja bersama Adabi, Powercat, Cuckoo dan Uphamol manakala syarikat telekomunikasi Digi pula menjadi telco rasmi.
Gempak
Mon Nov 25 2019
Kata Naqiu, dakwaan kononnya dia mengamalkan poligami sangat tidak masuk akal.
Polis geledah pejabat pemimpin Parlimen Eropah di Brussels
Pihak berkuasa Jerman melakukan penggeledahan di pejabat seorang ahli Parlimen Eropah di Brussels pada Selasa.
Kereta Safiq Rahim diserang dua lelaki bermotosikal
Selang dua hari selepas pemain Selangor FC Faisal Halim diserang, Safiq Rahim pula ditimpa malang apabila cermin keretanya dipecahkan menggunakan tukul besi.
Balu Navalny gesa rakyat Rusia tidak putus asa
Balu kepada pemimpin pembangkang Rusia Alexei Navalny, Yulia Navalnaya menggesa rakyat negara itu supaya tidak berputus asa memerangi rejim selepas pelantikan Vladimir Putin.
Perhimpunan Agung PBB mengundi Jumaat ini
Ia secara berkesan akan bertindak sebagai tinjauan global mengenai berapa banyak sokongan rakyat Palestin terhadap bidaan mereka, yang telah diveto dalam Majlis Keselamatan PBB bulan lalu oleh Amerika Syarikat.
Serangan di Rafah satu kesilapan, malapetaka kemanusiaan - PBB
Setiausaha Agung PBB Antonio Guterres pada Selasa memberi amaran kepada Israel bahawa serangan ke atas Rafah akan menjadi kesilapan strategik, bencana politik dan kemanusian.
Kehadiran Agong ke Parlimen kukuhkan lagi hubungan dua hala
Di bawah pemerintahan Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim selaku Sultan Negeri Johor, hubungan negeri itu dengan Singapura semakin kukuh.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Ia dapat dilihat dari segi ekonomi dan hubungan antara rakyat.
Vladimir Putin angkat sumpah sebagai Presiden bagi penggal kelima
Majlis angkat sumpah itu diadakan di Kremlin dengan diboikot Amerika Syarikat dan beberapa negara barat lain susulan perang antara Rusia-Ukraine.
Cuaca panas undang stres kalangan jemaah wanita
Dalam keadaan cuaca panas melampau dan untuk tempoh yang lama, ia boleh mengundang kepada stres atau tekanan sehingga berupaya menjejaskan kesihatan mental jemaah wanita yang menerima tawaran sebagai tetamu Allah di musim haji.
Mesyuarat JKKTN setuju perkukuh kawal selia BBP
Mesyuarat Jawatankuasa Khas Kabinet Tatakelola Nasional (JKKTN) yang bersidang hari ini bersetuju dengan cadangan memperkukuh kawal selia Badan Berkanun Persekutuan (BBP) melalui penggubalan akta.
Usaha bersepadu penting untuk mengekang jenayah
Usaha bersepadu di kalangan agensi-agensi dari pelbagai bidang adalah penting untuk mengekalkan kerangka keselamatan global, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Beliau menyatakan bahawa akses internet dan kemajuan teknologi telah membawa ancaman baru dan mengubah landskap keselamatan, oleh itu perlunya pendekatan yang bersatu padu untuk menangani mereka.
Tom dan Fuad Rahman sambut cahaya mata perempuan pertama
Penyanyi Tom selamat melahirkan cahaya mata perempuan pertama pada pagi Ahad di sebuah hospital kerajaan.
All Stars GV: Tiada penyingkiran, lapan peserta mara ke konsert akhir
Semua peserta boleh menarik nafas lega apabila tiada penyingkiran diumumkan pada konsert separuh akhir All Stars Gegar Vaganza (ASGV) dan terus berjaya ke konsert akhir pada Ahad depan.
All Stars GV: Liza Hanim terus unggul, perjalanan Ayai terhenti
Ayai gagal menambat hati juri apabila hanya mendapat 53 peratus markah daripada juri tetap.
GV10: "Lebih hidup pentas" - Datuk Syafinaz pun mahu Kak Lina bukan Elly M, tapi ada syarat...
Elly M bertugas sebagai sebagai pengacara yang kelihatan sopan, bercakap perlahan, gelak malu-malu dan sedikit reserved.
Tercapai hasrat Tom untuk timang anak perempuan
Tom sebak selepas disahkan bayi dalam kandungannya kali ini anak perempuan.
All Stars Gegar Vaganza: Perjalanan Cliff Umar dan Suki Low terhenti di minggu kedua
Perjalanan Suki Low dan Cliff Umar di pentas All Stars Gegar Vaganza (ASGV) terhenti setakat minggu kedua.
'Saya belum boleh mencangkung, masih solat duduk' - Zamani sudah 80 peratus pulih
Berkongsi perkembangan terkini keadaan kesihatannya, kata Zamani, 52, dia kini hanya memerlukan perjumpaan berkala dengan doktor setiap enam bulan.
GV Roadshow 2023 rai ulang tahun ke-10 Gegar Vaganza
Jelajah ini juga sebagai merealisasikan impian Astro dalam usaha merapatkan hubungan antara peminat dan penyanyi tersohor tanah air.
Astro Rewards tawar pengalaman eksklusif, hadiah lebih hebat untuk pelanggan
Sebagai tanda penghargaan terhadap pelanggan setia, Astro Rewards menawarkan lebih banyak ganjaran istimewa pada tahun ini.
'Ia boleh mencela integriti saya' - Baggio dedah punca enggan sertai Gegar Vaganza
Sebagai penyanyi yang telah berkecimpung di dalam dunia seni sejak lebih tiga dekad lalu, dia belum sedia untuk mempertontonkan kelemahannya kepada umum.