Selepas album sulung ‘Ada Angin & Hati’ mendapat sambutan positif dari peminat muzik dalam dan luar negara, Mafidz - kumpulan yang membawa genre 'Folk-Pop' yang turut mengabungkan unsur-unsur muzik nusantara akan mengadakan showcase solo pertama mereka hujung Mac nanti.

Mafidz dianggotai oleh tiga beradik yang berasal dari keluarga yang meminati seni iaitu Megat Hafidz (vokal), Megat Fazly (vokal & gitar akustik) dan Megat Aizzat (vokal & perkusi) yang mecipta semua lagu dan lirik dalam album sulung mereka.

Dalam satu kenyataan, pengurusan Mafidz menjelaskan showcase tersebut dianjurkan sebagai tanda terima kasih dan menghargai media serta peminat yang telah mendukung kehadiran Mafidz di industri muzik tempatan.

"Mafidz akan mengadakan persembahan muzikal sekaligus pelancaran album ini secara rasmi di acara ‘Ada Angin & Hati’ Musical Showcase.

"Mafidz berharap para peminat muzik tanah air dapat memberi sokongan dan berkesempatan untuk hadir ke acara yang penuh bermakna ini," kata kenyataan tersebut.

Mafidz membawakan lagu-lagu yang berunsur positif dan berjiwa rakyat serta menjadikan muzik sebagai kerjaya sepenuh masa.

Mempunyai keinginan untuk memberi warna ke dalam industri muzik tempatan, Mafidz bekerjasama dengan lima orang pemuzik profesional sebagai pemain tetap Mafidz yang menggunakan alat muzik seperti double bass, piano, gitar elektrik, perkusi dan cello.

Mafidz bekerjasama dengan lima orang pemuzik profesional sebagai pemain tetap Mafidz yang menggunakan alat muzik seperti double bass, piano, gitar elektrik, perkusi dan cello. - Gambar Ihsan Mafidz

Mafidz telah membuat persembahan antarabangsa mereka yang pertama di acara ‘International Indie Music Festival’ di Jakarta, Indonesia pada bulan Oktober 2018.

Showcase tersebut akan diadakan di Angkasa Space, 1-1 Dataran Dwitasik, Bandar Sri Permaisuri, Cheras dan tiket dijual pada harga RM40. Peminat Mafidz juga boleh mendapatkan barangan rasmi kumpulan tersebut seperti ‘CD Album’ dan ‘T-Shirt’ pada harga promosi.

Untuk mengetahui semua perkembangan terkini dan mengenali Mafidz dengan lebih lanjut, boleh terus melayari laman sosial mereka di Instagram (@mafidzofficial) dan Twitter (@mafidzofficial).