PELAKON Nora Danish akui proses kehamilannya kali ini berbeza dari putera pertamanya, Putra Rayqal Rizal, 8 tahun.

Nora menerusi akaun Instagram (IG) peribadinya memberitahu bayinya yang kini berusia lima bulan sangat aktif hingga membuatkannya berjaga malam kerana lapar.

Menurut Nora, selera makannya juga sukar untuk dikawal ketika ini malah berat badannya juga naik sehingga 10 kilogram.

Bagaimanapun, ia langsung tidak membimbangkannya, asalkan bayinya sihat.

"17 weeks to go. Definitely a different experience than the first one. Ney Ney is so active , Ney Ney would wake me up in the middle of the night when Ney is hungry.

So it’s hard for me to control my food sometimes. :) I gained 10kgs from this pregnancy ( for now ) . As long as my baby is healthy, mommy is more than happy to carry these weights.

Because Ney moves a lot all the time,It feels like Ney is dancing inside me. Hehe"

Nora dan Nedim bernikah di ibu negara dalam satu majlis tertutup pada 30 Mac lalu.

Rayqal merupakan anak hasil perkahwinan Nora terdahulu dengan Rizal Ashram.

Nedim pula mempunyai anak daripada perkahwinannya dengan wanita yang dikenali sebagai Nabilah Khan iaitu Nedrin yang berusia lima tahun. - Teks oleh: Syafiqah Jalal; Sumber: Instagram Nora Danish