awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia

Astro Awani
Astro Awani
09/07/2023
01:30 MYT
Atas Angin Festival 2023 mahu lakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia
Bakal diadakan di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival ini dibahagikan kepada tiga kategori persembahan iaitu artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ.
KUALA LUMPUR : Selepas menerima sambutan hangat pada tahun lalu, Atas Angin Festival kembali pada tahun ini.
Kemunculan semula Atas Angin Festival 2023 yang bakal berlangsung pada 5 Ogos ini lebih luar biasa dengan menampilkan 75 barisan artis tempatan yang akan membawakan persembahan-persembahan hebat dari empat buah pentas pada hari yang sama.
Tidak keterlaluan jika dikatakan Atas Angin Festival 2023 bersedia untuk melakar sejarah sebagai festival indie terbesar di Malaysia.
Bakal diadakan di Rooftop @ 7 Mytown Cheras, festival ini dibahagikan kepada tiga kategori persembahan iaitu artis berkumpulan, artis solo dan juga DJ.
Antara barisan artis yang bakal menggegarkan festival ini ialah IamNEETA, 6ixth Sense, Skudap Skudip Kugiran Masdo dan ramai lagi.
Atas Angin Festival bakal membawa pembaharuan dan bersedia menggalas tanggungjawab dalam membawa muzik dan artis lokal Malaysia ke peringkat yang lebih tinggi.
Festival ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti yang akan bermula pada pukul 9 pagi sehingga acara tamat.
Mengulas mengenai Atas Angin Festival 2023, Pengarah Projek, Arif Imran atau lebih dikenali sebagai Bam berkata, pihak penganjur menjanjikan yang terbaik kepada para pengunjung dan bakal memberi kepuasan maksimum kepada semua.
“Besar harapan kami agar festival ini dapat dilaksanakan dan dijayakan. Saya sebagai wakil pihak penganjur merasakan bahawa festival ini akan memberi impak kepada barisan artis lokal, selain dapat membuka mata pengunjung tentang bakat-bakat yang ada di negara kita.
“Saya juga berharap usaha dan mesej yang kami bawa menerusi festival ini nanti sampai kepada masyarakat, iaitu, untuk membuktikan bahawa ‘underground scene’ juga mempunyai ramai bakat besar dan luar biasa yang hebat.
Mengulas mengenai jualan tiket, Bam berkata, setakat ini hampir separuh tiket terjual sebaik sahaja pengumuman mengenai festival ini dihebahkan.
Jualan tiket kini berada di fasa kedua dan kepada yang masih belum mendapatkan tiket, boleh dapatkan di laman sesawang www.atasangin.com pada harga serendah RM150 bagi ahli dan RM170 bagi yang bukan ahli.
Butiran Acara:
Tarikh: 5 Ogos 2023 Masa: 9 pagi - 1 pagi Tempat: Rooftop @ 7 MyTown, Cheras
Harga Tiket Festival:
Fasa 1 RM130 (Members) / RM150 (Non Members)
Fasa 2 RM150 (Members) / RM170 (Non Members)
*Harga tidak termasuk yuran pemprosesan RM10
Topic Berkaitan
#festival muzik
#underground
#artis
#Atas Angin Festival
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan