The Greatest Showman merupakan satu filem muzikal yang memberi kelainan dalam filemnya.

Filem arahan Michael Gracey itu membuatkan penonton seperti berada di dunia mereka tersendiri diikuti muziknya yang moden serta menepati citarasa dan halwa telinga masyarakat kini yang dihasilkan oleh Greg Wells, Justin Paul, dan Benj Pasek.

Kini Atlantics Records kembali memberi keterujaan kepada peminat-peminat filem tersebut dengan menghasilkan album khas sebanyak 14 buah lagu di dalam album The Greatest Showman – Reimagined.

Menampilkan artis-artis terkemuka seperti Pink, Kelly Clarkson, Panic! at the disco, Kesha, James Arthur , Anne Marrie dan ramai lagi dalam album ini bagi menyanyikan semula runut bunyi filem tersebut dengan nafas baru.

Apa yang istimewa mengenai album ini juga ia menampilkan anak kepada penyanyi Pink, Willow Sage Hart untuk menyanyikan salah satu bunyi tersebut iaitu A Million Dreams (Reprise).



Berikut adalah senarai artis dan lagu yang dinyanyikan dalam album The Greatest Showman – Reimagined

‘The Greatest Show’ – Panic! at the Disco

‘A Million Dreams’ – Pink

‘A Million Dreams (Reprise)’ – Willow Sage Hart

‘Come Alive’ – Years & Years and Jess Glynne

‘The Other Side’ – MAX and Ty Dolla $ign

‘Never Enough’ – Kelly Clarkson

‘This is Me’ (The Reimagined Remix) – Keala Settle, Kesha and Missy Elliott

‘Rewrite the Stars’ – James Arthur and Anne-Marie

‘Tightrope’ – Sara Bareilles

‘From Now On’ – Zac Brown Band

Bonus tracks:

‘The Greatest Show’ – Pentatonix

‘Come Alive’ – Craig David

‘This is Me’ – Kesha

‘Rewrite the Stars (Acoustic)’ – Zendaya

Runut bunyi asal The Greatest Showman, yang dinyanyikan oleh Hugh Jackman, Zac Efron, Zendaya, Keale Seatle dan bintang-bintang mereka telah berjaya menjual lebih daripada 4.5 juta salinan di seluruh dunia.

Album The Greatest Showman – Reimagined boleh diakses melalui rangkaian streaming pada 16 November, Jumaat.

Filem The Greatest Showman,Diilhamkan oleh imaginasi P. T. Barnum, yang meraikan kelahiran perniagaan pertunjukan dan menceritakan tentang seseorang yang mempunyai imaginasi sangat besar sehingga dia berjaya melakukan satu persembahan bersama bakat-bakat pelik yang dia jumpai sehingga menjadi sensasi di seluruh dunia.