awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
SHMMP: KPDN Perak tempatkan 195 penguat kuasa, 75 pegawai pemantau harga
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Berperang dengan masa, Aina Abdul akui hampir putus asa siapkan Imaji

Asyraf Roslan
Asyraf Roslan
24/10/2023
21:30 MYT
Berperang dengan masa, Aina Abdul akui hampir putus asa siapkan Imaji
Akui hampir putus asa, Aina memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia berjaya melancarkan sebuah album selepas sembilan tahun berkecimpung dalam industri seni suara tanah air. -Astro AWANI/Asyraf Roslan
KUALA LUMPUR: Masa adalah cabaran paling besar buat penyanyi berbakat besar, Aina Abdul dalam menyiapkan album sulungnya, Imaji.
Semasa sesi pra-dengar album Imaji bersama media dan peminat pelantun lagu Terus Hidup ini kelihatan cuba menahan sebak kerana teringat akan perjalanan dalam pembikinan album sulungnya itu.
Akui hampir putus asa, Aina memanjatkan rasa syukur kerana akhirnya dia berjaya melancarkan sebuah album selepas sembilan tahun berkecimpung dalam industri seni suara tanah air.
"Saya sebak sebab saya tak percaya siap juga album ini.
"Saya hampir putus ada untuk buat album ini sebab kesuntukan masa, Aina ada konsert, ada nak buat MV, jadi saya memang berperang dengan masa. Ada hari yang saya pagi buat show malam pula saya rakam lagu," katanya kepada media.
Album ini merupakan lagu baru ciptaan Aina dan beliau turut bekerjasama dengan empat penerbit tersohor seperti Jenny Chin, Mac Chew, Affan Mazlan dan Ezra Kong.
Memilih untuk melancarkan pada tarikh hari jadi, Aina menganggap bahawa album Imaji merupakan satu hadiah buat peminat yang sentiasa menyokong kariernya yang sudah hampir sedekad.
“Selalu peminat bagi saya hadiah bila tiba hari jadi saya, tapi kali ini saya pula bagi mereka hadiah sebagai tanda terima kasih sebab sentiasa menyokong saya,” ujarnya.
Memuatkan 14 buah lagu antaranya Satu Rasa, Kamu, Puas Sudah, Penat Jiwa, Imaji dan Jangan Mati Rasa Itu.
Album Imaji boleh dimuat turun bermula 25 Oktober disemua aplikasi penstriman seperti ITunes, Spotify, Apple Music dan Joox.
Topic Berkaitan
#Aina Abdul
#IMAJI
#Album
#album sulung
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan