LAUT itu luas dan amat dalam. Banyak rahsia terkandung di dalamnya. Ada yang telah kita teroka namun masih banyak misteri yang belum lagi terungkai.

Ramai percaya jauh ke dasar laut masih wujud haiwan buas pra-sejarah yang menunggu masa untuk muncul ke permukaan air.

Jika benar, apa perasaan anda sekiranya ia menjelma di depan mata, teruja atau seriau?

Perasaan itu mungkin dapat anda rasai menerusi filem The Meg terbitan dan edaran Warner Bros Pictures.

Mempertaruhkan Jason Statham sebagai watak utama Jonas Tylor filem aksi thriller ini bakal mengembalikan ketakutan seperti kali pertama anda menonton filem Jaws (1975) arahan Steven Spielberg.

The Meg berkisar mengenai sebuah kapal selam yang digunakan dalam program pemerhatian bawah laut antarabangsa yang diserang jerung pra-sejarah sepanjang lebih 21 meter yang dikenali sebagai The Megalodon.

Serangan merosakkan sistem kapal selam itu menyebabkannya tersadai di dasar laut.

Dengan masa yang semakin suntuk ,Tylor pakar penyelam laut dalam ditugaskan bagi menyelamatkan kru yang terperangkap.

Disinilah bermula konflik dalaman Tylor antara tannggungjawab tugas dan tentangan daripada anaknya Suyin lakonan Li Bingbing.

Filem ini diadaptasi daripada novel fiksyen Meg: A Novel of Deep Terror tulisan Steve Alten pada 1997. Ia bakal ditayangkan pada 10 Ogos 2018.