BINTANG terkenal Korea Selatan, Bae Suzy dihadiahkan sehelai selendang oleh peminatnya dalam satu acara bertemu peminat, hujung minggu lalu.
Menerusi laman Instagram, seorang peminat dengan nama @baesuzy_ina berkongsi sebuah video di mana seorang peminat Suzy dari Indonesia, berkesempatan bertemu Suzy dalam satu acara bertemu peminat sebagai rangka promosi album terbaharunya, Faces of Love, di sebuah pusat beli-belah di Seoul, Korea Selatan.
Dalam pertemuan itu, peminat wanita itu menghadiahkan sehelai selendang dengan corak yang hampir sama seperti yang dipakainya, kepada Suzy.
Suzy nyata gembira dengan pemberian itu, dan meminta wanita itu memakaikan selendang itu kepadanya.
Video itu tular di Indonesia, sekaligus menaikkan 'saham' selendang itu.
Ramai mula mencari selendang dari jenama lokal Indonesia, Hijab Princess itu. Laporan portal detik.com menyebut, permintaan untuk selendang itu semakin meningkat selepas Suzy mengenakannya.
"Skaf Sakura yang dihadiahkan kepada Suzy itu sudah berada di pasaran sejak 2016 lagi. Ia antara produk signature kami dan mendapat permintaan yang baik.
"Tapi sejak Suzy memakainya, permintaan melonjak tinggi. Tapi kami tidak akan mengeluarkan selendang itu lagi selepas ini dan yang masih ada dijual sekarang, hanya baki daripada 10,000 yang dikeluarkan," kata wakil Hijab Princess kepada portal tersebut.
Madiha Abdullah
Wed Feb 07 2018
Ramai yang mula mencari selendang dari jenama Hijab Princess yang dipakai Suzy itu. - YouTube/Instagram @baesuzy_ina
Thailand, 17 lagi negara gesa pembebasan segera tawanan di Gaza
Pemimpin 18 negara dalam satu kenyataan bersama menggesa pembebasan segera semua tawanan termasuk warganegara mereka sendiri yang ditahan Hamas di Gaza.
Kes jongkong emas: Saibulrijal didakwa lagi guna dokumen palsu
Mohd Saibulrijal Mohd Saad, 46, mengaku tidak bersalah selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Azrul Darus.
TSMC akan hasilkan cip 1.6nm menjelang 2026
Menurut TSMC, teknologi 1.6mm akan memberikan peningkatan prestasi sehingga 8-10% untuk voltan yang sama serta pengurangan penggunaan kuasa antara 15-20% pada kelajuan yang sama.
Anak syarikat SPNB berdepan tindakan penggulungan
Syarikat Wiradani Development Sdn Bhd telah menyerahkan notis untuk menggulung SPNB Aspirasi pada 3 Mei tahun lepas.
Bekas CEO 7-Eleven, Hishammudin Hasan dilantik terajui Al-Ikhsan
Al-Ikhsan Sports Sdn Bhd melantik Datuk Hishammudin Hasan sebagai ketua pegawai eksekutif (CEO) baharunya berkuat kuasa 17 April.
'Inflasi diunjur meningkat suku kedua kesan pelarasan cukai perkhidmatan, rasionalisasi subsidi'
Momentum inflasi diunjur meningkat pada suku kedua tahun ini kesan daripada pelarasan cukai perkhidmatan serta rasionalisasi subsidi bahan api.
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Hero My Girl, Lee Dong Wook kini takluk hati Bae Suzy
Selepas hubungan dengan Lee Min Ho kecundang, kini hero My Girl, Lee Dong Wook tawan hati Bae Suzy.
Suzy cantik berkerudung, selendang jenama Indonesia jadi bualan
Ramai yang mula mencari selendang dari jenama Hijab Princess yang dipakai Suzy itu.
Berakhir sudah hubungan bintang Korea Lee Min Ho dan Suzy
Pelakon Lee Min Ho dan Suzy Bae daripada kumpulan Miss A dilaporkan telah berpisah selepas tiga tahun bersama.