PEMENANG trofi Hos MeleTOP AME2018, Nabil Ahmad mendedahkan dirinya menerima mesej berunsur lucah dari peminat wanita menerusi laman sosial Instagram.
Perkara tersebut diberitahu oleh isterinya, Zira Ayub yang memantau akaun laman sosial miliknya.
"Semenjak berkahwin, akaun laman sosial saya memang dijaga oleh isteri. Saya akui ada menerima mesej tak senonoh dari peminat.
"Ada satu mesej yang saya tidak boleh lupa kandungannya. Menurut isteri saya, orang yang menghantar mesej tersebut merupakan seorang perempuan bertudung dan dia menawarkan 'unlimited full service' di hotel.
"Apabila Zira beritahu saya mengenai mesej tersebut, saya cakap pada isteri, carikan mana-mana surah yang sesuai, berikan kepada perempuan itu supaya dia bertaubat. Semoga dia mendapat jodoh yang baik-baik," kata Nabil.
Tambah pengacara rancangan Gegar Vaganza itu, dia tak mahu melakukan perkara yang boleh menghancurkan rumah tangga hanya disebabkan oleh godaan di laman sosial.
"Mengenai perkara tersebut, saya sememangnya takut kerana kebahagiaan rumah tangga itu ada pada isteri. Setiap komen atau mesej peminat, isteri akan memantau dah tahu dahulu kandungannya. Saya tak kisah isteri memantau kerana tiada apa-apa yang perlu saya rahsiakan dari isteri.
"Rakan media dan semua orang sudah tahu mengenai kisah lampau yang saya alami sebelum berkahwin. Apabila saya memulakan hidup baru dengan isteri, saya tak mahu ulangi perkara tersebut.
"Kedua-dua anak saya perempuan, jadi saya sendiri bimbang jika apa yang kita buat akan terjadi kepada anak sendiri satu masa nanti," katanya lagi.
Sumber: Media Hiburan
Gempak
Tue Apr 10 2018
Nabil tidak mahu melakukan perkara yang boleh menghancurkan rumah tangga hanya disebabkan oleh godaan di laman sosial. - Foto Astro Gempak
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bebaskan pasaran buruh dari perangkap gaji berasaskan kelayakan akademik - Penganalisis
Malaysia harus beralih ke arah penetapan gaji berdasarkan kompetensi pekerja.
Raja Charles III sambung tugas awam minggu depan
Raja Britain, Raja Charles ketiga akan meneruskan tugas awamnya minggu depan setelah cataT perubahan baik dalam rawatan kanser. Baginda akan memulakan dengan lawatan simbolik ke pusat rawatan kanser.
Demonstrasi pro-Palestin di kampus universiti AS
Demonstrasi pro-Palestin tercetus di beberapa kampus utama Amerika Syarikat. Pelajar menuntut gencatan senjata kekal dan menekan Washington untuk menamatkan sumbangan dana tentera kepada Israel.
Anugerah MeleTOP Era 2020 ditunda
Pihak penganjur memaklumkan ini merupakan satu usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga bagi membendung penyebaran wabak tersebut disamping memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.
Ini respon Farah Nabilah bila netizen pertikai tidak bertudung lepas buat umrah
Pelakon Farah Nabilah mengharapkan peminatnya tidak sewenang-wenangnya menilai imej atau pilihannya untuk tidak bertudung selepas pulang mengerjakan umrah baru-baru ini.
[Eksklusif] Menyingkap rahsia kejayaan Hafiz Suip
Menyingkap rahsia kejayaan penyanyi berbakat emas, Hafiz Suip dari mahu membuka kedai makan sehinggalah digelar Siti Nurhaliza lelaki.