ENTERTAINMENT
Anugerah MeleTOP Era 2020 ditunda

Pihak Astro kini dalam usaha menetapkan satu tarikh baharu untuk acara tersebut - Gambar fail/Astro AWANI
Berikutan penularan pandemik COVID-19 yang semakin serius di seluruh dunia, penganjuran acara tahunan Anugerah MeleTOP Era (AME) 2020 yang dijadualkan berlangsung pada 12 April di Axiata Arena, Bukit Jalil akan ditunda ke satu tarikh baharu yang akan dimaklumkan kemudian.
Melalui satu kenyataan media, pihak penganjur memaklumkan ini merupakan satu usaha proaktif dan langkah berjaga-jaga bagi membendung penyebaran wabak tersebut disamping memastikan keselamatan semua pihak yang terlibat.
Langkah ini juga sejajar dengan pengumuman yang dibuat pihak Kerajaan untuk menangguhkan sebarang perhimpunan termasuk mesyuarat antarabangsa, acara sukan, sosial dan keagamaan sehingga 30 April 2020.
Selain itu, faktor-faktor lain seperti ketersediaan lokasi dan kesesuaian tarikh para selebriti tanah air juga perlu dipertimbangkan.
Peminat boleh terus mengundi menerusi laman web rasmi AME 2020 iaitu di www.anugerahmeletopera.com.my dan aplikasi SYOK serta melalui kiriman SMS hingga 12 April 2020, jam 12.00 tengahari.
Kiraan penuh undian untuk penganjuran AME 2020 juga akan terus dibuat sejurus selepas talian undian ditutup, mengikut perancangan asal.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami