Tiket ke program Natchathira Vizha 2018, sebuah pesta hiburan melibatkan 250 bintang filem India termasuk Rajinikanth dan Kamal Haasan yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil di sini pada 6 Jan depan, mula dijual esok.
Pengarah Pembangunan Perniagaan Kumpulan MyEvents International, Hema Kandy berkata tiket-tiket berharga antara RM10 dan RM30 itu boleh dibeli menerusi laman web www.myticket.asia.
Nachathira Vizha 2018 yang akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam, merupakan pesta yang menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak artis India serta artis tempatan.
Anggota Persatuan Artis India Selatan, Nandha Durairaj berkata kesemua artis yang akan ke Malaysia sudah bersedia untuk memberikan persembahan terbaik kepada peminat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan kepada filem Kollywood.
Pelakon filem 'Eeram' itu juga berkata satu kejutan disediakan untuk semua yang hadir di Stadium Bukit Jalil ketika penampilan dua legenda filem Tamil, Rajinikanth dan Kamal Haasan.
Selain barisan pelakon terkenal India seperti Surya, Vishal, Karthi, Sivakarthikeyan, Vijay Sethupathi, Nayanthara, Tamanna, Mohal Lal, Nagarjuna dan Mammooty, enam pengarah muzik terkemuka Kollywood iaitu Harris Jayaraj, Anirudh Ravichandran, Srikanth Deva, GV Prakash, Tamman dan Imman serta penyanyi Karthik, Haricharan, Swetha Mohan, Ranjith, Naresh Iyer dan Chinmayee akan turut memeriahkan majlis tersebut.
Pesta yang dijangka dihadiri 30,000 peminat tanah air itu dianjurkan Persatuan Artis India Selatan dengan kerjasama MyEvents International serta mendapat sokongan sepenuhnya oleh Malaysia Major Events, anak syarikat Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia. - BERNAMA
Bernama
Tue Dec 12 2017
Nachathira Vizha 2018 yang akan berlangsung dari 10 pagi hingga 10 malam, merupakan pesta yang menampilkan persembahan nyanyian, tarian serta perlawanan kriket dan bola sepak artis India serta artis tempatan. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
Anwar Ibrahim 'lepak' dengan superstar India, Kamal Haasan
Aktor berkenaan dilaporkan berada di Kuala Lumpur bagi mempromosikan filem aksi, Vikram.
Kamal Haasan positif COVID-19
Pelakon berusia 67 tahun itu baru-baru ini ke AS untuk melancarkan jenama fesyennya, House of Khaddar.
Rajinikanth, Kamal Haasan penuh bergaya di Malaysia
Kedua-dua pelakon yang turut memiliki jutaan peminat di Malaysia, hadir dengan helikopter untuk pelancaran dana itu.
Ribuan peminat Kollywood banjiri Stadium Nasional Bukit Jalil
Ribuan peminat industri hiburan Kollywood di Malaysia membanjiri Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini bagi menyaksikan Festival Natchathira Vizha 2018 yang menampilkan lebih 300 artis India S
Tiket bertemu Rajnikanth, Kamal Haasan dijual mulai esok
Tiket ke program Natchathira Vizha 2018, sebuah pesta hiburan melibatkan 250 bintang filem India termasuk Rajinikanth dan Kamal Haasan yang akan berlangsung di Stadium Bukit Jalil di sini pada 6 Jan d
Status penayangan Viswaroopam akan diketahui minggu ini
Filem lakonan Kamal Haasan Viswaroopam telah menggamit kontroversi apabila penayangannya telah ditarikbalik oleh Lembaga Penapisan Filem (LPF).