Penyanyi Hetty Sarlene memohon orang ramai agar mendoakan dirinya segera sembuh daripada masalah kesihatan yang dialami.

Menurut Hetty menerusi Instagramnya memaklumkan bahawa dirinya risau untuk melakukan persembahan kerana dia mengalami demam dan selesema.

"Bismillahirrahmanirrahim. Sebaik sahaja Hetty sampai ke Singapura nak tengok adik kesayangan, tiba-tiba demam dan flu (selesama) pun ikut sekali.

"Risau ni dengan konsert yang akan datang minggu ini macam mana Hetty nak perform. Orang kata penyakit itu penghapus dosa betul ke? Ya allah, Aku terima dugaan mu ini.

"Yang pasti nya inshaAllah Hetty akan beri yang terbaik dan selebihnya Hetty akan serah kan pada Allah SWT," catatnya pada status di Instagram.

Good bye singapore... leaving on a jet plane and back to KL. Please keep me in your prayers, please pray for a speedy recovery. I have to get better by Sunday.... I’m so heart broken. It’s not the time to be sick. Have a great day all. ❤️