SUDAH pasti semua tidak sabar untuk mengikuti apakah kesudahanya pengembaraan watak Woody dan teman-temannya dalam animasi terbaharu keluaran Pixar dan Disney, Toy Story 4.

Kurang daripada 24 jam sejak ia dimuat naik, trailer Toy Story 4 itu sudah mencatat lebih 10 juta tontonan di saluran YouTube.

Apa yang lebih menarik ia turut memperkenalkan watak-watak baharu yang akan turut beraksi dalam filem animasi tersebut.

Antara watak baharu yang akan memeriahkan lagi perjalanan Toy Story 4 ialah Forky (Tony Hale), Gabby Gabby (Christina Hendricks), Duke Caboom (Keanu Reeves) dan Giggle Mcdimples (Ally Maki).


Toy Story 4 akan mula ditayangkan di pawagam pada 21 Jun

Terdahulu, Toy story 4 juga memperkenalkan watak Ducky dan Bunny yang akan dialih suara oleh Keegan-Michael Key dan Jordan Peele dalam filem animasi berkenaan.

Dalam trailer tersebut juga turut menampilkan watak Bo Peep ( Annie Potts) yang kembali selepas tidak muncul pada sekuel ketiga.

Toy Story 4 masih mengekalkan watak-watak lamanya seperti Woody, Buzz Lightyear, Jessie , Barbie dan Ken.

Filem ini akan mula ditayangkan di pawagam pada Jun nanti.