ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian sepanjang hari ini, Isnin, 14 Oktober 2019.

1) Isu LTTE: Polis sila tumpu siasatan, jangan putar belit kenyataan pemimpin negara - Guan Eng

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng memohon pihak polis agar menumpukan usaha melengkapkan siasatan berhubung penahanan dua wakil rakyatnya di bawah SOSMA.

2) Kejam! Kepala dua beranak ditemui disorok di siling rumah - Sumber

epala dua beranak dipercayai menjadi mangsa pembunuhan tragis susulan penemuan lapan bahagian anggota badan petang Khamis lalu, ditemui disorok di siling rumah sewanya Taman Merdeka Jaya

3) Bertutur Bahasa Inggeris tidak bermakna lupakan tradisi kita - Permaisuri

Bertutur dalam bahasa Inggeris tidak bermakna kita telah melupakan tradisi kita, juga ia bukan bermaksud meninggalkan identiti kita, demikian titah Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.

4) Bukan salah gas helium

Program Kecergasan Kementerian Pendidikan Peringkat Kebangsaan 2019 di Dataran Putrajaya pada Sabtu (12 Oktober) bermula dengan meriah, tetapi berakhir dengan insiden yang menggemparkan negara.

5) Pedofil British, Richard Huckle, akhirnya mati ditikam di penjara

Pedofil dari Britain yang kisahnya paling diingati kerana melibatkan rangkaian salah laku menjijikkan di Malaysia dan negara serantau, Richard Huckle, ditemui maut ditikam di dalam penjara.

6) Tular harimau bintang serang anjing, ini reaksi pihak polis

Tiada kejadian seekor harimau bintang yang menyerang anjing di rumah seorang penduduk berlaku di Kampung Perik, dekat sini, baru-baru ini.

7) Ceritalah - Ekonomi gig: Bom jangka yang sedang berdetik

Ekonomi gig adalah kapitalisme pada tahap yang paling teruk, menurut penganalisis dan pencerita, karim Raslan.

8) 'LTTE adalah kumpulan pengganas'

LTTE telah dikategorikan sebagai sebuah pertubuhan pengganas pada 1990an oleh tidak kurang 32 negara termasuklah agensi perisikan antarabangsa

9) Piala Dunia Ragbi: Taufan Hagibis jadi motivasi wira Jepun

Michael Leitch dan Jamie Joseph mendedikasikan kemenangan hebat Jepun ke atas Scotland dalam saingan Piala Dunia Ragbi buat semua mangsa Taufan Hagibis serta keluarga yang bersedih.

10) Maraton 1.59:40: Pantas manusia; tapi bukan rekod dunia

Sebab utama pencapaian Kipchoge tidak diiktiraf adalah kerana acara ini merupakan acara tertutup, bukan maraton di New York, Boston, Paris, London mahupun Kuala Lumpur yang terbuka bagi semua.