ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara, berikut adalah 10 berita yang paling mendapat perhatian di Astro AWANI sepanjang hari ini, Ahad, 20 Oktober 2019.

1) Seekor lagi gajah Pygmy ditemui mati dengan kesan tembakan

Ketua Polis Daerah Beluran, Superintendan Kasim Muda, berkata, bau busuk membawa penemuan bangkai gajah terbabit oleh pekerja ladang.

2) Graduan protes: UM perlu tarik balik laporan polis - Maria Chin

Maria Chin Abdullah menggesa Universiti Malaya (UM) menarik balik laporan polis terhadap Wong Yan Ke yang menunjukkan tanda protes sejurus menerima skrol ijazah sarjana muda di atas pentas, pada sidang kelima Istiadat Konvokesyen UM Kali ke-59.

3) Tubuh kerajaan 'pintu belakang': Hormati pilihan rakyat - Mujahid

Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Datuk Seri Mujahid Yusof menyeru semua pihak untuk menghormati keputusan yang dibuat oleh rakyat dalam Pilihan Raya Umum (PRU) dan berhenti daripada menggerakkan usaha menubuhkan kerajaan baharu.

4) Jokowi angkat sumpah sebagai Presiden Indonesia bagi penggal kedua

Pemimpin berusia 58 tahun itu melafazkan sumpah di bangunan Parlimen Indonesia pada pukul 4 petang (waktu tempatan) dengan disaksikan oleh anggota Dewan Permesyuaratan Rakyat, bekas-bekas presiden serta tetamu kehormat.

5) Kipas siling timpa kepala pekerja restoran makanan segera

Seorang pekerja restoran makanan segera terpaksa menerima sembilan jahitan di kepala selepas sebuah kipas siling jatuh ketika dia sedang berurusan di kaunter bayaran saman trafik Polis Diraja Malaysia (PDRM)

6) Mayat mekanik ditemui terapung di tasik

Jasad S. Raju, 39, yang bekerja sebagai mekanik ditemui orang awam kira-kira jam 10 pagi dalam keadaan tertiarap dalam air.

7) Belanjawan 2020 mengecewakan kaum India

Ada yang menyifatkan Belanjawan 2020 ini lebih menguntungkan peniaga berbanding rakyat biasa yang berpendapatan rendah, terutamanya mereka dalam kategori B40.

8) UMMAH Perak beri tempoh dua minggu laksana kempen produk halal di masjid

Gerakan Pembela Ummah Perak (UMMAH Perak) memberi tempoh dua minggu untuk kerajaan negeri Perak menggerakkan karnival jualan atau kempen berkaitan produk halal di masjid.

9) Hilang IC: Wanita buat laporan palsu elak didenda - Polis

Wanita berusia 48 tahun itu dipercayai sengaja membuat laporan palsu semata-mata untuk mendapatkan salinan laporan polis bagi menggantikan dokumen pengenalan diri selain mengelak daripada didenda.

10) Lampard gusar kecederaan Barkley

Pengurus Chelsea, Frank Lampard, mengakui tahap kecederaan Ross Barkley "kelihatan agak buruk" tetapi dia sedang menunggu penilaian doktor.