ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di
Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Selasa, 3 Disember 2019.
1)
"Anda mahu saya jadi PM pada umur 100 tahun?" - tanya Dr Mahathir Kerajaan hari ini membentangkan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No 2) 2019 berkaitan perjawatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat.
2)
Akta drakonian: Pindaan, mansuh perlu dibuat berhati-hati - PM Kerajaan menegaskan sebarang kajian, pindaan atau pemansuhan terhadap beberapa akta berunsur drakonian dan zalim perlu dibuat secara berhati-hati.
3)
Perseteruan dalam PKR semakin membara, 'rapat' di KL bertembung kongres di Melaka Krisis yang dihadapi parti yang paling berpengaruh di Dewan Rakyat dari segi jumlah kerusi kini mencapai episod baharu apabila ia bakal mengadakan dua program berasingan secara serentak.
4)
Najib dakwa tidak terlibat dengan penubuhan SRC Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mendakwa beliau tidak terlibat dengan penubuhan SRC International Sdn Bhd (SRC).
5)
Tengku Hassanal selesai jalani kursus kententeraan, Tunku Azizah sambut dengan kesyukuran Putera yang dikasihi, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah yang menjalani kursus ketenteraan di Royal Military Academy Sandhurst, United Kingdom bakal kembali ke tanah air tidak lama lagi.
6)
"Maafkan kami, kecuaian ini tidak sepatutnya berlaku" - penganjur ekspo tatu minta maaf pada rakyat Malaysia Selepas dikritik dan dikecam oleh segenap lapisan masyarakat, penganjur Tattoo Malaysia Expo 2019 tampil memohon maaf di atas peragaan separuh bogel yang terjadi pada acara berkenaan baru-baru ini.
7)
Di Kelantan, 'barang dalam kain' sangat laku di musim tengkujuh Setiap kali tibanya musim tengkujuh masyarakat di negeri Kelantan tidak akan terlepas untuk mendapatkan 'barang dalam kain' yang menjadi fenomena tahunan.
8)
Beraksi ala 'Spider-Man' demi cari dana rawat isteri tercinta Kasih sayang terhadap isterinya tidak membataskan usaha seorang lelaki untuk melakukan apa sahaja demi isteri tercinta.
9)
Mayat lelaki warga emas reput ditemui dalam lori Tanda tanya orang awam yang lalu-lalang tentang bau busuk dari sebuah lori yang diletakkan di tepi jalan di Kilometer 35, Jalan Berkakap-Tanjung Manis di sini sejak Jumaat lepas, terjawab apabila mayat seorang lelaki warga emas dijumpai di dalamnya.
10)
Rusia tolak permintaan Belanda untuk serah suspek tragedi pesawat MH17 Rusia telah menolak permintaan Belanda untuk menyerahkan seorang suspek dalam tragedi serangan ke atas pesawat Malaysia Airlines MH17.