MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Rabu, 22 Januari 2020.
Seorang kanak-kanak Malaysia berusia 3 tahun yang menetap di United Kingdom mencipta sejarah apabila dipilih menjadi ahli termuda untuk menyertai Mensa UK, iaitu persatuan masyarakat IQ tinggi antarabangsa.
Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengaku di Mahkamah Tinggi di sini bahawa beliau telah berbelanja berpuluh-juta ringgit wang yang dikreditkan ke dalam akaun bank peribadinya antara 2014 dan 2015.
Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa semua pihak dalam Pakatan Harapan (PH) untuk tidak membicarakan soal peralihan kuasa secara terbuka.
Seorang ibu tunggal didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap anak kandungnya yang berusia dua tahun 10 bulan pada 13 Januari lepas.
Kuota rasmi haji untuk Malaysia dinaikkan kepada 31,600, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof.
Angka kematian akibat koronavirus baharu (New Corona Virus - NCOV) kini meningkat kepada sembilan mangsa di China.
Kes pertama koronavirus yang menyerang Asia telah dikesan di Amerika Syarikat di mana seorang lelaki dari Washington dikesan menghidap selesema selepas pulang daripada melancong ke bandar Wuhan, China.
Pendakwaan ke atas Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump kini bermula.
Pihak Ketenteraan Korea Selatan menolak permohonan tentera transgender pertama, Byun Hui-su untuk menyertai pasukan itu selepas melakukan pembedahan menukar jantina tahun lalu.
Pengarah muzik ternama tanah air, Faizal Uzir atau lebih terkenal dengan panggilan Lok-U dilaporkan menghembuskan nafas terakhir sekitar pukul 10 pagi Rabu.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami