MALAYSIA
10 berita pilihan sepanjang hari ini

10 berita pilihan sepanjang hari ini di Astro AWANI.
ANTARA pelbagai berita dari dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah 10 berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini, Khamis, 23 Januari 2020.
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih menyiasat berhubung kes seorang pelancong warga China yang kononnya dikejarkan ke hospital di Sabah kerana dijangkiti koronavirus hari ini.
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan fatwa sesat yang dikeluarkan oleh Jawatankuasa Fatwa Selangor dan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) terhadap Sisters in Islam (SIS) Forum (Malaysia).
Niat baik seorang lelaki untuk mengalihkan serpihan tayar demi keselamatan pengguna jalan raya tidak kesampaian apabila dia sebaliknya maut dirempuh sebuah lori pagi tadi.
Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyerahkan kepada Lembaga Disiplin berhubung tindakan terhadap Naib Presiden PKR, Zuraida Kamaruddin.
Pertemuan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dengan Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang baru-baru ini yang didakwa sebagai cubaan mengubah lanskap politik disifatkan sebagai hanya tafsiran umum dan tidak mengubah apa-apa.
Seorang warga China di Singapura telah disahkan positif dijangkiti virus Wuhan, manakala seorang lagi berkemungkingan dijangkiti virus yang sama.
Huanggang dipercayai bandar kedua diletakkan di bawah perintah berjaga-jaga selepas bandar Wuhan dikuarantin selepas tercetus wabak koronavirus baharu.
Seorang jururawat India yang berkhidmat di sebuah hospital di Arab Saudi disahkan dijangkiti koronavirus, dalam perkembangan terkini penularan virus yang mencetus kekecohan di China.
Penulis lirik terkenal Bob Lokman atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman sekali lagi dimasukkan ke hospital pada Ahad lalu dipercayai akibat masalah buah pinggang.
Peminat sukan seni bela diri campuran (MMA) berkemungkinan akan dapat melihat sekali lagi pertembungan di antara Khabib Nurmagomedov dan Conor McGregor, dengan syarat UFC membayar Khabib AS$100 juta (RM406,564,100).
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami