Pelancong dalam dan luar negara yang mahu berkunjung ke pantai timur Sabah selepas ini akan lebih selesa apabila Lapangan Terbang Lahad Datu siap dinaik taraf tidak lama lagi.
Ahli Parlimen Silam merangkap Menteri Pelancongan Seni Dan Budaya, Datuk Mohamaddin Ketapi berkata perbincangan lanjut bersama Malaysia Airport Holding Berhad MAHB telah dibuat beliau minggu lalu.
Jelas Mohamaddin, pertemuannya bersama Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MAHB, Raja Azmi Raja Nazuddin itu adalah merupakan pertemuan kali kedua bagi membincangkan pelan pembangunan lapangan terbang terbabit.
"Saya telah mengadakan pertemuan bersama MAHB bagi berbincang lanjut mengenai pembangunan Lapangan Terbang Lahad Datu.
"Pada perbincangan itu, kami turut mengenal pasti kriteria baharu lapangan terbang bagi membolehkan tidak hanya pesawat ringan dan kecil malah kapal terbang bersaiz besar.
"Dengan pelan pembangunan pelancongan yang baharu di Lahad Datu yang sedang dirangka, kita mahu bukan sahaja pesawat ringan malah pesawat jenis Boeing turut mendarat dan membawa pelancong ke kawasan pantai timur Sabah ini.
"Lebih penting, penduduk di Lahad Datu perlu berbangga kerana tidak lama lagi daerah ini bakal memiliki sebuah lapangan terbang antarabangsa," katanya yang ditemui selepas menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Nurul Ulum, Kampung Segama Batu 8 pada Ahad.
Tambah Mohamaddin perbincangan turut memperincikan pelan kawasan pilihan yang lain bagi tujuan menaiktaraf terbabit.
"Kami turut membincangkan kemungkinan mengenalpasti kawasan lain kerana kawasan tanah lapangan terbang sedia ada terlalu kecil," katanya.
Menyentuh mengenai Pelan Pembangunan Pelancongan Lahad Datu, Mohamaddin berkata pelan tersebut akan disiapkan secara komprehensif melibatkan tiga kawasan Dewan Undangan Negeri Lahad Datu, Kunak dan Tungku.
"Di Parlimen Silam ini memiliki banyak produk pelancongan dan blueprint ini penting untuk disegerakan pelaksanaannya nanti.
"Ia akan merangkumi ketiga-tiga kawasan DUN iaitu Lahad Datu, Kunak dan Tungku.
"Antara yang akan dibangunkan nanti adalah berkaitan pembangunan hotel bagi menampung kemasukan pelancong di pantai timur sabah.
"Hotel-hotel ini penting, lebih-lebih lagi apabila lapangan terbang antarabangsa Lahad Datu itu nanti siap," katanya.
Jelas Mohamaddin kedua-dua inisiatif terbaharu itu nanti tidak hanya akan menaikkan lagi nama Lahad Datu malah bakal menjanjikan peluang pekerjaan dan limpahan ekonomi.
"Dengan terlaksananya kedua-dua perkara ini, semua orang akan dapat menyaksikan limpahan ekonomi di pantai timur sabah khususnya di Lahad Datu.
"Selain itu kita juga bakal menyaksikan peningkatan peluang pekerjaan sehingga 30 peratus di daerah ini nanti," katanya.
Astro Awani
Sun Aug 11 2019
MOHAMADDIN: Telah adakan pertemuan bersama MAHB bagi berbincang lanjut mengenai pembangunan Lapangan Terbang Lahad Datu.
Pemilik stesen minyak diminta lapor KPDN jika diancam sindiket
Beliau berkata KPDN akan merahsiakan maklumat diterima kerana sedar ada pemilik stesen minyak yang enggan membuat laporan walaupun diancam.
Kadar penerimagunaan 5G hampir 36 peratus, liputan 80.3 peratus - Fahmi
Kadar penerimagunaan 5G di negara ini telah mencecah hampir 36 peratus setakat pertengahan bulan ini, manakala kadar liputan perkhidmatan itu telah mencapai 80.3 peratus pada Februari lepas.
Kontroversi UM: Mahasiswa tuntut penjelasan atau boikot kuliah
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya yang berang dengan tindakan Institut Pengajian China, Universiti Malaya (UM) menjemput individu pro-Zionis, akhirnya turun berdemonstrasi bagi menyuarakan bantahan dan akan memboikot kuliah pengajian jika tiada reaksi dari pihak pentadbiran UM.
Lima anggota polis disyaki samun berdepan tindakan dalaman
Lima anggota polis antara tujuh individu yang ditahan kerana disyaki terbabit dalam kes samun warga asing membabitkan wang tunai berjumlah RM260,000, berdepan tindakan dalaman antaranya pertukaran jabatan.
JKDM beli 20 anjing pengesan dadah libat kos RM1.9 juta
JKDM dalam proses perolehan 20 ekor anjing pengesan dadah serta tiga unit mesin pengimbas 'backscatter' dalam usaha perangi dadah.
Sultan Selangor berangkat ke majlis bacaan yasin, tahlil di Pangkalan TLDM
Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah yang juga Kepten Yang Dipertua Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkenan berangkat ke Pangkalan TLDM Lumut.
MOT, Khazanah, MAG perlu perkukuh tadbir urus MAB - PM Anwar
Jelas Anwar lagi, pengurusan syarikat penerbangan yang baik juga akan memberi manfaat kepada kakitangan melalui gaji yang setimpal dengan perkhidmatan mereka.
Kontroversi UM: Mahasiswa protes, tuntut tindakan tegas pihak jemput profesor pro-Israel
Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) hari ini mengadakan perhimpunan membantah tindakan menjemput penceramah pro-Zionis memberi ceramah di institusi itu baru-baru ini.
[INFOGRAFIK] Penstrukturan Semula Akaun KWSP | Berkuatkuasa 11 Mei 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan Penstrukturan Semula Akaun KWSP.
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis demi keselamatan negara - Zambry
Sekatan terhadap penceramah asing pro-Zionis perlu dilihat dari aspek keselamatan dan imej negara yang boleh terjejas akibat kenyataan mereka.
Basmi kemiskinan: Sabah tingkat akses peluang ekonomi penduduk luar bandar
Usaha itu bukan sahaja memberi tumpuan kepada lapan daerah yang mengalami miskin tegar tetapi juga ke seluruh daerah di Sabah.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.